| SEKOCI | SEKOCI, sejenis pengangkutan di air yang digunakan oleh para nelayan di pantai timur Semenanjung Malaysia untuk ke laut menangkap ikan. Jenis sekoci yang besar berukuran antara 8.2 m hingga 8.5 m panjang dan 1.5 m lebar dan digunakan semasa menjaring atau memukat. Jenis sekoci yang kecil pula mempunyai ukuran antara 4.5 m hingga 4.9 m panjang dan 1 m luas bukaan perut di bahagian peminggang. Sekoci kecil digunakan oleh nelayan semasa ke laut mengolak ikan parang atau ke laut perai mengail tenggiri. | BUDAYA | Kenderaan/Pengangkutan |
| YARRA | Yarra ialah sekoci Australia yang diketuai oleh Leftenan Komander R.W. Rankin. Semasa mengiringi sebuah konvoi ke Australia, semasa Perang Dunia II (1939–1945), ia bertembung dengan tiga buah kruiser dan dua buah kapal pembinasa Jepun di selatan pulau Jawa pada 4 Mac 1942. | UMUM | |
| BANGAU | BANGAU, ukiran pada bahagian haluan perahu nelayan. Ukiran ini dikenal dengan nama bangau perahu kerana bentuk ciptaan asalnya menyerupai kepala seekor burung bangau. Bangau perahu hanya terdapat pada perahu kecil nelayan yang menggunakan dayung dan layar. Antara perahu nelayan yang memiliki bangau termasuklah kolek, bedar, sekoci, kolek kue dan payang. | BUDAYA | Konsep |