SEKOLAH DATO' ABDUL RAZAK | SEKOLAH DATO’ ABDUL RAZAK,1"> sekolah menegah berasrama penuh untuk anak-anak Melayu. Nama asalnya ialah Sekolah Menengah Melayu. Nama asalnya ialah Sekolah Menengah Melayu. Penubuhan sekolah ini adalah hasil daripada Dasar Pelajaran kebangsaan (Laporan Razak), iaitu satu jawatankuasa yang mengkaji dasar pelajaran kebangsaan yang dipengerusikan oleh Dato’ Abdul Razak bin Hussein, Menteri Pelajaran Persekutuan. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Institusi/Organisasi |
SEKOLAH PERMAISURI | SEKOLAH PERMAISURI, sekolah perempuan Melayu yang pertama semasa pemerintahan Brooke di Sarawak. Sekolah ini telah dibuka pada tahun 1894. Cadangan untuk membuka sekolah Melayu khusus untuk kanak-kanak perempuan pada mulanya memang mendapat tentangan daripada banyak pihak. Prasangka terhadap pendidikan kanak-kanak perempuan di kalangan masyarakat Melayu 1"> ketika itu amat tebal, dan keadaan ini tidak mengizinkan mereka belajar membaca dan menulis. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Institusi/Organisasi |
SEKOLAH MENENGAH KING GEORGE V | SEKOLAH MENENGAH KING GEORGE V, sekolah Menengah 1"> yang terulung di Negeri Sembilan. Sekolah ini pada asalnya adalah Government English School yang ditubuhkan pada 15 Januari 1923. Sekolah ini terletak di sebuah bangunan stor stesen kereta api Sungai Ujong Seremban. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Institusi/Organisasi |
NATIVE SCHOOL | NATIVE SCHOOL, sekolah latihan bagi anak-anak ketua anak negeri di Sabah. Sekolah ini ditubuhkan pada 1 Julai 1915. Tujuan sekolah vernakular pemerintah Syarikat Berpiagam Borneo Utara yang pertama di Sabah ini ditubuhkan adalah untuk memberi pendidikan peringkat rendah, khusus kepada anak-anak ketua anak negeri yang bakal menjadi pentadbir dan penghubung antara pentadbir Syarikat Berpiagam Borneo Utara dengan peribumi. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Institusi/Organisasi |
PERGERAKAN PUTERI ISLAM MALAYSIA | 1.25pt 0pt 1pt; LINE-HEIGHT: 200%; TEXT-ALIGN: justify">PERGERAKAN PUTERI Islam Malaysia, pertubuhan berpakaian seragam. Pertubuhan ini ditubuhkan pada tahun 1970-an oleh Lembaga Kebajikan Perempuan Islam Malaysia (LKPIM). LKPIM dipengerusikan oleh Tunku Puan Besar Kurshiah. PPIM merupakan salah satu pergerakan berpakaian seragam yang bergerak di peringkat kebangsaan, negeri dan daerah/wilayah untuk para pelajar perempuan di sekolah-sekolah rendah, menengah, maktab/Institusi dan universiti. Ia bergerak sebagai sebuah pergerakan dalam unit kokurikulum dan aktivitinya adalah berdasarkan ajaran Islam. Ini adalah selaras dengan falsafah PPIM yang bertujuan melahirkan puteri sebagai insan kamil. Oleh sebab objektif pertubuhan ini dan objektif LKPIM berbeza, maka dengan nasihat pendaftar pertubuhan, Pergerakan Puteri Islam Malaysia (PPIM) telah didaftarkan sebagai sebuah pertubuhan berpakaian seragam pada 3 Disember 1988 dengan perlembagaannya sendiri. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Persatuan |
MAKTAB MELAYU MELAKA | MAKTAB MELAYU MELAKA, maktab perguruan. Maktab ini ditubuhkan di Melaka pada 1 Mac 1900 dengan Mr. S.E. Codrington sebagai pengetuanya yang pertama. Penubuhan maktab ini diusahakan oleh R.J. Wilkinson, Pemangku Nazir Sekolah-sekolah Negeri-Negeri Selat (1898–1909). | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Institusi/Organisasi |
PENANG FREE SCHOOL | 1.25pt 0pt 1pt; LINE-HEIGHT: 200%; TEXT-ALIGN: justify">PENANG FREE SCHOOL, sekolah Inggeris pertama di Tanah Melayu. Sekolah ini ditubuhkan pada tahun 1816, di Love Lane, oleh R.S. Hutchings. Penubuhan Penang Free School mendorong pentadbir British menubuhkan sekolah Inggeris yang lain di Negeri-Negeri Selat. Pada tahun 1826, Malacca Free School ditubuhkan, diikuti oleh Singapore Free School (1834). | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Institusi/Organisasi |
PENDIDIKAN GURU | 1.25pt 0pt 1pt; LINE-HEIGHT: 200%; TEXT-ALIGN: justify">PENDIDIKAN GURU, latihan perguruan yang diberikan kepada calon guru supaya dia berupaya dan diiktiraf sebagai seorang guru yang terlatih. Pendidikan guru di Malaysia bertujuan untuk menyediakan guru sekolah rendah dan sekolah menengah. Latihan perguruan ini boleh didapati di maktab perguruan dan di universiti tempatan. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Disiplin Ilmu |
SUTAN TAKDIR ALISJAHBANA | Kapsyen1"> :1"> Sutan Takdir Alisjahbana SUTAN TAKDIR ALISJAHBANA (1908-1994), penulis dan budayawan Indonesia. Dia lahir di Natal, Tapanuli, Sumatera, Indonesia. Dia mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Belanda, Bengkulu. Selepas itu dia melanjutkan pengajiannya di Sekolah Penguruan di Bukittinggi, Lahat, dan Muara Enim. Kemudian dia meneruskan pengajiannya di Sekolah Perguruan Tinggi di Bandung, dan Fakultas Hukum, Universitas Indonesia, Jakarta. Seterusnya dia mempelajari ilmu bahasa umum, kebudayaan Asia Timur dan falsafah. | BAHASA | Tokoh |
SULTAN HISHAMUDDIN ALAM SYAH IBNI SULTAN ALAIDDIN | Kapsyen1"> :1"> Sultan Hishamuddin Alam Syah Ibni Sultan Alaiddin SULTAN HISHAMUDDIN ALAM SYAH IBNI SULTAN ALAIDDIN (1898-1969), Yang di-Pertuan Agong Malaysia yang kedua (1960). Baginda diputerakan pada 13 Mei 1898 di Selangor. Baginda ialah putera ketiga Sultan Alaiddin Sulaiman Syah. Baginda mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Bandar di Kuala Langat, Selangor dan kemudiannya melanjutkan pelajaran menengah di Maktab Melayu Kuala Kangsar (MCKK), Perak. Baginda menamatkan pelajaran menengah ketika berusia 18 tahun. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |