MAAHAD EL-EHYA AL-SHARIF | Maahad el-Ehya al-Sharif, sekolah agama dan pusat gerakan nasionalisme Melayu Islam. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Institusi/Organisasi |
NOORDIN HASSAN, DATUK | Noordin Hassan, Datuk (1929– ), penulis dan Sasterawan Negara Malaysia yang ketujuh (1993) . Dia lahir pada 18 Januari 1929 di Sungai Pinang, Pulau Pinang. Dia menerima pendidikan awal di Sekolah Melayu Perak Road , Francis Light School, dan Sekolah Agama Masjid Rawana, Pulau Pinang. Persekolahannya terhenti semasa pedudukan Jepun, dan apabila British kembali memerintah Tanah Melayu, dia menyambung kembali pelajarannya di Penang Free School sehingga lulus Sijil Persekolahan. Pada tahun 1951, dia melanjutkan pelajaran dalam bidang pendidikan di Kirby College, Liverpool, England . | UMUM | |
MADRASAH AL-HUDA ADDINIYAH AL-ISLAMIYAH | MADRASAH AL-HUDA ADDINIYAH AL-ISLAMIYAH, sekolah agama. Sekolah ini terletak di Jalan Datuk Keramat, Pulau Pinang, dan didirikan pada tahun 1930-an. Para pengasas sekolah ini terdiri daripada tokoh gerakan Kaum Muda seperti Syekh Abdullah al-Maghribi, Syekh as-Shiblee, Haji Ibrahim Aqiby serta tokoh Persaudaraan Sahabat Pena Malaya (PASPAM) seperti S.M. Zainal Abidin, Muhammad Tamin Sutan Deman dan Nyak Amin. Syekh Abdullah al-Maghribi, bekas mudir dan guru di Madrasah al-Mashor al-Islamiyah, menjadi pengetua sekolah ini. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Institusi/Organisasi |
MOKHTAR PETAH | MOKHTAR PETAH (1934- ), penulis dan wartawan. Dia lahir pada 3 Julai 1934 di Kampung Ngor, Perak. Nama sebenarnya ialah Mohd. Mokhtar bin Mohd. Petah. Dia pernah memakai nama samaran M. Pathy, Shabab Asmara atau Noor Iskandar. Mokhtar mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Sauk, Kuala Kangsar hingga Darjah Lima (1941-1945). Kemudian Mokhtar melanjutkan pelajaran ke sekolah agama rakyat, Sekolah Agama Nurul Anwar, Lenggong, Perak, Madrasah Ihlaa, Padang Rengas, Perak dan Madrasah Dairat al-Ma’arif al-Wataniyyah, Kepala Batas, Seberang Perai Utara, Pulau Pinang. Pada tahun 1960-an, dia mengikuti kursus perguruan Islam di Maahad el-Ehya Assharif, Gunung Semanggol, Perak. | SASTERA | Tokoh |
MAAHAD AL-EHYA ASSHARIF | MAAHAD AL-EHYA ASSHARIF, sekolah agama dan pusat gerakan nasionalisme Melayu Islam. Sekolah ini didirikan pada 15 April 1934, di Gunung Semanggol, Perak. Pengasasnya ialah Abu Bakar al-Baqir, Ustaz Abdul Rahman dan Penghulu Abdul Manaf. Al-Ehya Assharif membawa maksud ‘menghidupkan kemuliaan’. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Institusi/Organisasi |
MADRASAH IDRISIYAH | MADRASAH IDRISIYAH, sekolah agama. Madrasah yang didirikan pada tahun 1922 ini dibina di atas sebidang tanah wakaf seluas dua hektar di hadapan Masjid Ubudiah, Bukit Chandan, Kuala Kangsar, Perak. Nama madrasah ini mengambil sempena nama Sultan Idris Murshidul Azam Syah (1887-1916). Bagindalah yang menjadi penggerak utama kepada penubuhan madrasah ini. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Institusi/Organisasi |
MADRASAH HAJI TAIB | MADRASAH HAJI TAIB, sekolah agama. Madrasah ini terletak di Parit Jamil, Muar, Johor. Orang yang bertanggungjawab dalam penubuhan madrasah ini ialah anak-anak Haji Taib. Mereka menamakan madrasah ini sempena nama bapa mereka. Haji Taib berasal dari Tanah Jawa dan membuka kawasan Parit Jamil pada penghujung abad ke-19. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Institusi/Organisasi |
MADRASAH AL-ATTAS | MADRASAH AL-ATTAS, sekolah agama/Arab yang pertama di Pahang. Madrasah al-Attas terletak di Kampung Ketapang, Pekan, Pahang. Madrasah ini ditubuhkan pada 12 Jun 1923 oleh Habib Hassan al-‘Attas, seorang ulama. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Institusi/Organisasi |
KOLEJ ISLAM SULTAN ALAM SHAH | Kolej Islam Klang (KIK) merupakan sebuah sekolah agama berasrama penuh. Kolej Islam Klang ditubuhkan secara rasmi pada 24 Februari 1955 dan telah melalui proses penukaran nama sebanyak 3 kali. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Institusi/Organisasi |
ROGAYAH SULUNG | ROGAYAH SULUNG (1942- ) qariah peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Dia lahir di Kampung Banggul Tuan Muda, Manir, Kuala Terengganu. Rogayah mendapat pendidikan di sekolah Melayu dan sekolah agama di Kampung Tengah, Petai Bubus, Kuala Terengganu sehingga Darjah Enam. | BUDAYA | Tokoh |