Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
sekolah (kata nama)
Bersinonim dengan madrasah, perguruan, kolej, maktab, sekolah pondok;,
Kata Terbitan : bersekolah, menyekolahkan, persekolahan,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
KESATUAN KEBANGSAAN GURU-GURU SEKOLAH KEBANGSAAN

KESATUAN KEBANGSAAN GURU-GURU SE­KOLAH KEBANGSAAN, kesatuan guru yang mengajar di sekolah rendah dan menengah. Kesatuan Kebangsaan Guru-guru Sekolah Kebangsaan atau ringkasnya KKGSK menggantikan Kesatuan Kebangsaan Guru-guru Melayu Lain-lain Latihan (KKGMLL). KKGMLI, ditubuhkan di Muar pada 24 Mei 1954 dan ahli-ahlinya terdiri daripada guru-guru Teachers Under Other Scheme (TUOS). KKGMLL kemudiannya ditukar nama kepada Ke­satuan Kebangsaan Guru-guru Sekolah Umum (KKGSU) pada tahun 1985. Pertukaran nama ini selaras dengan Laporan Razak. Keahlian KKGSU terbuka kepada semua guru yang mengajar di sekolah umum rendah dan menengah.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi
WAN ABDULLAH WAN PUTEH

WAN ABDULLAH WAN PUTEH, (1927-    ), penulis khat. Dia lahir pada 29 Disember 1927 di Padang Kerbau, Kota Setar, Kedah.  Wan Abdullah mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Tandop (Sekolah Kebangsaan Dato’ Wan Mohammad Saman), Alor Setar dari tahun 1937 hingga tahun 1941.  Pada tahun 1942, dia belajar di Maktab Mahmud, Alor Setar hingga lulus Syahadah Niha’iyah pada tahun 1950.

BUDAYATokoh
M. JEGATHESAN, DATO’ DR.

M. Jegathesan, Dato’ Dr. (1943– ), atlet dan

olahragawan Malaysia. Nama penuhnya ialah

Manikavasagam Jegathesan. Dia lahir pada 2

November 1943 di Ipoh, Perak dan mendapat

pendidikan di Sekolah Kebangsaan Batu Road, dan

melanjutkan pelajaran di Victoria Institution Kuala

Lumpur. Pada tahun 1956, dia menyambung

pelajaran di Sekolah Anglo Chinese, Singapura.

Pada tahun 1961 hingga 1967, dia memasuki

Universiti Singapura dan memperoleh ijazah dalam

bidang perubatan. Pada tahun 1971, dia

menyambung pelajaran di England dan

memperoleh diploma Patologi.

UMUM 
ANWAR IBRAHIM

Timbalan Perdana Menteri (1993-1998).  Dia lahir pada 10 Ogos 1947 di Cherok Tok Kun, Bukit Mertajam, Pulau Pinang.  Dia mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Cherok Tok Kun dan Sekolah Stowell.  Pendidikan menengahnya di Maktab Melayu Kuala Kangsar, Perak.  Dia memperoleh ijazah Sarjana Muda (Kepujian) dari Universiti Malaya pada tahun 1971.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
LEMBAGA PENDIDIKAN RAKYAT

LEMBAGA PENDIDIKAN RAKYAT, badan pengurus sekolah-sekolah rakyat atau ringkasnya LEPIR. Selepas Perang Dunia Kedua, masyarakat Melayu aktif dalam kegiatan politik namun aspek pendidikan lebih diutamakan ke arah memperjuangkan kelangsungan hidup bangsa Melayu. Misalnya, parti Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) mengambil inisiatif menubuhkan Derma Pelajaran UMNO, dan Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) pula memilih salah satu daripada tunggak perjuangannya untuk mendirikan sekolah kebangsaan dan bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi
RUSTAM A. SANI

RUSTAM A. SANI (1944 -     ), penulis, penterjemah dan penyair.  Dia lahir pada 11 Ogos 1944 di Ipoh, Perak.  Bapanya ialah Haji Abdullah Sani bin Raja Kecil atau lebih dikenal dengan nama Ahmad Boestamam.  Rustam menerima pendidikan di Sekolah Kebangsaan Behrang Ulu, Tanjung Malim (1951 – 1955), Methodist English School, Tanjung Malim (1956 – 1963) dan Victoria Institution, Kuala Lumpur (1963 – 1964).  Kemudian dia melanjutkan pengajian di Universiti Malaya (UM), Kuala Lumpur hingga memperoleh Ijazah Sarjana Muda Sastera (1970).  Selepas itu, dia melanjutkan pengajian Ijazah Lanjutan bagi mendapatkan Diploma Sosiologi di University Reading, United Kingdom (1973).  Pada tahun 1975, Rustam menerima Ijazah Sarjana dalam Pengajian Asia Tenggara di University of Kent, England.

SASTERATokoh
RAHMAN SHAARIRAHMAN SHAARI (1949-    ), penyair dan penulis. Dia lahir pada 5 September 1949 di Kampung Utan Lembah, Oran, Perlis. Di samping namanya, dia pernah menggunakan nama samaran Fadzri Aris, Jufrie Jantan dan Malik Iskandar. Rahman mendapat pendidikan awal di Sekolah Umum Guar Nangka, Sekolah Kebangsaan Oran dan Sekolah Menengah Derma, Kangar. Pada tahun 1965, dia belajar dalam jurusan sains di Sekolah Alam Shah, Kuala Lumpur.SASTERATokoh
OSMAN AYUB

OSMAN AYUB (1951 -       ), penulis. Dia lahir pada 18 April 1951 di kampung Alur Gelenggang, Sungai Daun, Yan, Kedah. Dia memperoleh pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Bukit Besar. Dari tahun 1964 hingga tahun 1969, dia melanjutkan pelajaran menengahnya di Sekolah Menengah Sultan Halim, Jitra. Dia belajar secara persendirian di Kuala Lumpur hingga lulus peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan pada tahun 1977.

SASTERATokoh
SALLEH AL-MASRI

SALLEH AL-MASRI (1875 – 1971), ulama dan pengasas Madrasah al-Masriah, Bukit Mertajam, Pulau Pinang.  Dia berasal dari Kampung Rasah, Seremban, Negeri Sembilan.  Nama sebenarnya ialah Mohd. Salleh al-Masri bin Baki.  Dia menerima pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Bukit Nanas, Seremban.  Selepas tiga tahun belajar di sekolah ini, dia mempunyai kecenderungan untuk belajar agama.  Keinginan ini mendapat restu daripada orang tuanya.  Akhirnya Salleh al-Masri bersama-sama dua orang sepupunya dihantar berguru di Bersilam Langkat, Sumatera, Indonesia.  Di Bersilam Langkat, dia berguru dengan Syekh Abdul Wahab.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
MUHAMMAD BUKHARI LUBIS

MUHAMMAD BUKHARI LUBIS (1953-     ), penulis dan sarjana kesusasteraan bandingan sufi Inggeris-Arab-Parsi-Turki. Dia lahir pada 16 Ogos 1953 di Makkah. Dalam penulisan, dia menggunakan nama pena H.M. Bukhari Lubis, Rizi S.S. dan A.S. Bagindo. Muhammad Bukhari Lubis mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Temoh, Perak, kemudian menyambung pelajaran di Madrasah Tarbiyah Islamiyah, Sekolah Izzuddin Shah dan Kolej Islam Kelang sebelum melanjutkan pelajaran di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Dia memperoleh Sarjana Muda Pengajian Islam dan Diploma Pendidikan dari UKM pada tahun 1977, ijazah Sarjana Perbandingan Sastera Arab-Parsi dari University of Chicago pada tahun 1980 dan ijazah Doktor Falsafah  dalam bidang Perbandingan Sastera Sufi Arab-Parsi-Turki dari University of California, Berkeley pada tahun 1989. Dia bertugas sebagai pensyarah di Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam, UKM sejak tahun 1977.

SASTERATokoh
1234

Kembali ke atas