SEKOLAH MENENGAH KING EDWARD VII | SEKOLAH MENENGAH KING EDWARD VII, Sekolah Menengah Kerajaan. Sejarah Sekolah Menengah King Edward VII bermula pada bulan Julai 1883 dengan penubuhan Central School. Sekolah ini terletak di bandar Taiping, Perak sebagai memenuhi keperluan penduduk yang semakin meningkat kesan daripada perkembangan pesat perlombongan bijih timah terutama di kawasan Kemunting dan kawasan Kelian Pauh. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Institusi/Organisasi |
SEKOLAH MENENGAH KING GEORGE V | SEKOLAH MENENGAH KING GEORGE V, sekolah Menengah yang terulung di Negeri Sembilan. Sekolah ini pada asalnya adalah Government English School yang ditubuhkan pada 15 Januari 1923. Sekolah ini terletak di sebuah bangunan stor stesen kereta api Sungai Ujong Seremban. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Institusi/Organisasi |
SEKOLAH MENENGAH PEREMPUAN ST. GEORGE | SEKOLAH MENENGAH PEREMPUAN ST. GEORGE, Sekolah perempuan yang terawal di Pulau Pinang. Sekolah ini dibina pada tahun 1884, di ‘Manse’, iaitu beranda rumah Puan Biggs, isteri Reverend L. Courtier Biggs. Pada masa itu dia berkhidmat sebagai Colonial Chaplain, Gereja St. George, Pulau Pinang. Sekolah Menengah Perempuan St. George dinamakan sempena nama gereja tersebut. Pada awal penubuhannya, sekolah ini mempunyai seramai 40 orang pelajar sahaja. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Institusi/Organisasi |
DJAMIL SUHERMAN | DJAMIL SUHERMAN (1924 – 1985), penulis Indonesia. Dia lahir pada 24 April 1924 di Surabaya, Indonesia. Dia mendapat pendidikan Sekolah Menengah Pertama (SMP) Kediri (1947) dan Sekolah Menengah Atas (SMA) Surabaya (1950). Kemudian dia meneruskan pelajaran di Akademi Administrasi Negara (AAN) di Bandung dan tamat pada tahun 1965. | SASTERA | Tokoh |
DEWAN SISWA | DEWAN SISWA, majalah bulanan khusus untuk golongan remaja dan pelajar sekolah menengah. Majalah ini diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur sejak Januari 1979, dengan moto “Bulanan Pengetahuan dan Kreatif Siswa Menengah”. Majalah ini berukuran 21 cm x 28 cm. Anggota sidang pengarang pertama majalah ini terdiri daripada M. Noor Azam sebagai ketua pengarang, Haji Ahmad Ismail (Ajikik) sebagai pengarang, Jaafar Abdul Rahim, Mohammad Bahadon dan Kamariah Yusof sebagai penolong pengarang. | SASTERA | Penerbitan |
VICTORIA INSTITUTION | VICTORIA INSTITUTION, sekolah menengah yang tertua di Kuala Lumpur. Victoria Institution atau Sekolah Menengah Victoria ditubuhkan hasil daripada kesedaran beberapa orang kenamaan seperti Yap Kwan Seng, Loke Yew dan Thamboosamy Pillay tentang perlunya pendidikan untuk anak-anak watan di negeri Selangor. Mereka telah mendesak W.H. Treacher, Residen British Selangor, agar lebihan wang kutipan sempena sambutan Jubli Emas Ratu Victoria pada tahun 1887 digunakan untuk tujuan tersebut. Cadangan mereka disambut baik oleh Sir Frank Swettenham, Residen Jeneral, tetapi wang kutipan berjumlah $3,188 itu tidak mencukupi. Derma kedua dilancarkan lalu berjaya mengumpul sebanyak $10,753 dan kerajaan Selangor pula memperuntukkan sebanyak $7,000. Sultan Abdul Samad turut menyumbang sebanyak $1,100. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Institusi/Organisasi |
M. RAJAMANI | M. Rajamani (1943– ), atlet dan olahragawati Malaysia. Dia lahir pada 11 November 1943 di Tapah, Perak. Dia menerima pendidikan di Tapah Government English School dan Sekolah Menengah Raja Perempuan di Ipoh, Perak. | UMUM | |
BOLA SEPAK AMERIKA | Bola sepak Amerika ialah sejenis sukan berpasukan yang menarik yang dimainkan terutamanya di Amerika Syarikat dan Kanada. Sukan ini dimainkan oleh pelajar di sekolah rendah, sekolah menengah, kolej dan pasukan profesional. Berjuta-juta orang membanjiri stadium pada setiap musim perlawanan untuk melihat pasukan pilihan mereka beraksi. Berjuta-juta lagi peminat menonton perlawanan antara pasukan-pasukan kolej dan pasukan yang bermain dalam dua liga profesional yang utama, iaitu Liga Bola Sepak Kebangsaan (National Football League – NFL) Amerika Syarikat dan Liga Bola Sepak Kanada (Canadian Football League – CFL) di televisyen. Di Amerika Syarikat, bola sepak ini dimainkan oleh dua pasukan yang setiap satunya mempunyai 11 orang pemain. Di Kanada, setiap pasukan mempunyai 12 orang pemain. Setiap pasukan mendapatkan mata dengan membuat larian dan hantaran play (manuver) untuk membawa sebiji bola yang lonjong melintasi garisan gol lawan. Larian atau hantaran seperti ini menghasilkan “touchdown”. Semasa permainan berlangsung, kawalan bola berpindah tangan antara dua pasukan tersebut. Pasukan yang memiliki bola ialah pasukan penyerang. Pasukan yang satu lagi ialah pasukan pertahanan. Pasukan pertahanan akan cuba menghalang pasukan penyerang daripada memungut mata. | UMUM | |
RABUAN PIT | Rabuan Pit (1956– ), atlet dan olahragawan Malaysia. Dia lahir pada 26 April 1956 di Merlimau, Melaka. Dia mendapat pendidikan di Sekolah Kebangsaan Merlimau dan Sekolah Menengah Dato’ Abdullah Yaakob, Merlimau, Melaka. | UMUM | |
TOTO SUDARTO BACHTIAR | TOTO SUDARTO BACHTIAR (1929 - ? ), penyair Indonesia. Dia lahir pada 12 Oktober 1929 di Paliman, Ceribon, Jawa Tengah, Indonesia. Dia mendapat pendidikan awalnya di Hollandsche School (HIS) Banjar, Ciamis, Jawa Barat pada tahun 1942. kemudian dia melanjutkan pelajarannya di Sekolah Menengah Pertanian di Tasikmalaya (1946), Sekolah Menengah Pertama di Ceribon (1947), Meer Uitgedreid Lager Onderruvijs (MULO) di Bandung (1948), Sekolah Menengah Bagian Atas Negeri, Bandung (1950) dan Fakultas Hukum dan Pengetahuan Masyarakat Universitas Indonesia, Jakarta (1952). | SASTERA | Tokoh |