Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
sekolah (kata nama)
Bersinonim dengan madrasah, perguruan, kolej, maktab, sekolah pondok;,
Kata Terbitan : bersekolah, menyekolahkan, persekolahan,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SEKOLAH PONDOKSEKOLAH PONDOK,  institusi pengajian dan pendidikan  Islam secara tradisional.  Terdapat pelbagai nama yang diberikan kepada sekolah pondok seperti pesantren di Jawa, penjentren di Madura, ranggang di Aceh dan surau di Minangkabau.  Sekolah pondok  adalah sebuah kawasan yang di dalamnya terdapat institusi pengajian Islam yang berbentuk tradisional. Terdapat rumah-rumah kecil yang didirikan berasingan. Bentuknya hampir sama antara satu dengan yang lain. Rumah-rumah ini didirikan secara tersusun yang berhampiran dengan rumah tuan guru dan surau atau masjid.  Rumah-rumah kecil tersebut merupakan tempat tinggal pelajar, manakala surau atau masjid dijadikan tempat belajar dan beribadat.SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi
ABU BAKAR AL-BAQIRBU BAKAR AL-BAQIR (1907-1973), ulama, ahli politik dan pendidik. Dia lahir di Gunung Semanggol, Perak. Pendidikan awalnya bermula di Sekolah Melayu Gunung Semanggol dan Sekolah Pondok al-Rahmaniah (1919) dan Sekolah Pondok Dairat al-Ma’arif, Kepala Batas, Seberang Perai Utara (1924).SEJARAH DAN ARKEOLOGIKonsep
SALLEH ABDUL RAHMAN

SALLEH ABDUL RAHMAN (1865 – 1961), ulama, pengasas Madrasah al-Arabiyah, Temoh, Perak.  Dia terkenal dengan panggilan Kiai Haji Salleh.  Dia lahir di daerah Poerworedjo, Jawa Tengah Indonesia.  Dia mendapat pendidikan agama di beberapa buah sekolah pondok, termasuklah Pesantren Tebuireng, Djombang, Jawa Tengah.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
PENGAJIAN MELAYU DI THAILAND

PENGAJIAN  Melayu DI THAILAND, pusat pengajian bahasa Melayu.  Pengajian Melayu di Thailand merupakan pengajian sampingan bermula bersama-sama penyebaran agama Islam khususnya di bahagian selatan Thailand.  Secara formalnya, pengajian Melayu di kawasan tersebut bermula di institusi pengajian agama yang dikenal sebagai sekolah pondok.  Di samping mempelajari agama Islam, pelajar diwajibkan mempelajari bahasa Melayu supaya mereka dapat memahami kitab agama yang ditulis dalam tulisan Jawi.  Struktur bahasa Melayu dipengaruhi struktur bahasa Arab.  Setelah sistem ejaan Rumi diperkenalkan di Malaysia dan Indonesia, maka sistem tulisan Rumi mula diperkenalkan di institusi-institusi tersebut supaya pelajar dapat membaca buku-buku agama yang diterbitkan dari negara jiran iaitu Malaysia dan Indonesia.  Walau bagaimanapun, tulisan Jawi lebih digemari daripada tulisan Rumi.  Kegemaran ini menyebabkan kerajaan Thailand mengistilahkan ‘bahasa Melayu’ sebagai ‘Bahasa Jawi’ dalam perlembagaannya.

BAHASAInstitusi/Organisasi
MOHD. DAUD ABD. SAMAD

MOHD.  DAUD  ABD. SAMAD (1925-1982), Menteri Besar Terengganu (1959-1961). Dia lahir di Besut, Terengganu. Dia mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Pasir Puteh, Kelantan (1935-1939), Sekolah Inggeris Sultan Ismail, Kota Bharu (1940-1941) dan sekolah pondok di Besut, Terengganu.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
HAJI YAHAYA JUNID

HAJI YAHAYA JUNID (1911 -            ), ahli agama dan politik. Dia lahir pada tahun 1911 di Selengkoh, Mukim Sungai Daun, Yan, Kedah. Dia mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Titi Gajah, Kepala Batas, Alor Setar, pelajaran agama di Sekolah Pondok Tandop, Pengkalan Kundur, Alor Setar, di Pondok Titi Gajah, Kepala Batas, Alor Setar dan di Pondok Pokok Sena, Kepala Batas, Seberang Perai. Dia seterusnya belajar di Masjid Muhammadi, Kota Bharu, Kelantan dan di Makkah untuk terus mendalami pelajaran agamanya. Di Makkah dia belajar di Masjidil Haram daripada ulama terkenal antaranya Syekh Yasin Isa al-Fadani (Padang, Sumatera), Ibrahim al-Khumati Madani (Orang Rusia), Hassan Said Yamani, dan Syed Amin al-Khutubi.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
YAHYA NAZIMYAHYA NAZIM (1919-    ), nasionalis.  Dia lahir pada 29 Mac 1919 di Batu 13, Hulu Langat, Selangor.  Yahya mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Hulu Langat hingga Darjah Lima. Dia kemudiannya memasuki kelas khas untuk menjadi guru di Dusun Tua.  Pada tahun 1935, dia belajar di sekolah pondok di Batu Hampar, Kedah.  Pada tahun 1937, dia bersekolah di Gunung Semanggol, Perak. Dia dipilih menjadi ketua pelajar di sekolah tersebut.  Pendidikannya terjejas kerana sekolah ini terpaksa ditutup apabila Jepun menduduki Tanah Melayu.SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
SENI BINA ISLAM

Seni bina Islam adalah salah satu bidang

penting yang dikuasai oleh umat Islam. Ini terbukti

dengan keupayaan para arkitek Islam membina

pelbagai jenis bangunan yang mempunyai ciri-ciri

keagamaan dan ilmiah seperti masjid, sekolah dan

pondok. Contoh seni bina bercorak moden

termasuk istana, rumah, hotel, pejabat kerajaan,

agensi, hospital, air pancut dan jambatan; serta

bangunan yang mempunyai ciri pertahanan seperti

kota, kubu, tembok, pintu gerbang dan kem

tentera. Setiap binaan mempunyai ciri dan

peranannya yang tersendiri. Reka bentuknya

berbeza berdasarkan masa dan keadaan setempat.

UMUM 
SYED ALWI SYED HASSAN, DATO'

SYED ALWI SYED HASSAN, Dato’ (1930-2008), penulis dan pengarah drama. Beliau lahir pada 29 Mac 1930 di Pondok Tanjung, Taiping, Perak. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Pondok Tanjung, kemudian melanjutkan pelajarannya di Sekolah Inggeris King Edward VII, Taiping. Selepas itu, beliau berpindah ke Sekolah Inggeris Clifford, Kuala Kangsar sehingga memperoleh Sijil Pelajaran Cambridge pada tahun 1950. Beliau memperoleh ijazah Sarjana Muda Sastera dalam bidang Kewartawanan dan Seni Teater (1953-1958) dari Universiti Minassota, Amerika Syarikat. Sumbangannya terhadap bidang teater, filem dan televisyen di Malaysia membolehkan Syed Alwi menerima Hadiah Pelajaran Tabung John D Rockeffeler III untuk mengkaji perkembangan teater dan filem semasa di Amerika Syarikat dari April hingga Jun 1980.

BUDAYATokoh
FARIDAH MAT SAMAN

FARIDAH MAT SAMAN (1948 -         ), qariah Malaysia. Dia lahir di Pahang dan dibesarkan di Kelantan. Dia mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Melayu  Pasir Mas. Kemudian dia menyambung pelajaran agama di Pondok haji Ghazali, Mundok, Selatan Thailand.

BUDAYATokoh
12

Kembali ke atas