ARMIDALE | Armidale (pend. 21 606) ialah bandar yang terletak di utara New South Wales, Australia. Armidale terkenal dengan gereja, gereja kecil dan sekolahnya yang sangat baik. Armidale merupakan pusat bagi paderi Gereja England dan Roman Katolik. Selain itu, Armidale juga merupakan tempat asal University of New England. Perkhidmatan udara dan kereta api menghubungkan bandar ini dengan Sydney dan Brisbane. | UMUM | |
AMANAH OUTWARD BOUND | Amanah Outward Bound mengendalikan sekumpulan sekolah di Britain yang direka bentuk untuk memperkukuh peribadi anak-anak muda melalui pengembaraan. Amanah ini juga membantu negara lain menubuhkan sekolahnya sendiri. Sekolah kepunyaan amanah ini memberi peluang kepada anak-anak muda daripada pelbagai latar belakang bertemu dan bekerja bersama-sama. | UMUM | |
OUTWARD BOUND TRUST | Outward Bound Trust mengendalikan sekumpulan sekolah di United Kingdom yang direka bentuk untuk memperkukuh peribadi anak- anak muda melalui pengembaraan. Amanah ini juga membantu negara lain untuk menubuhkan sekolahnya sendiri. Sekolah kepunyaan amanah ini memberi peluang kepada anak-anak muda daripada pelbagai latar belakang bertemu dan bekerja bersama-sama. | UMUM | |
SHARIFAH AINI | SHARIFAH AINI, Datuk (1953- ), biduanita negara dan pelakon. Nama sebenarnya ialah Sharifah Aini binti Syed Jaafar. Beliau lahir pada 2 Julai 1953 di Singapura dan dibesarkan di Johor Bahru, Johor. Beliau mendapat pendidikan di Sekolah Menengah Sultan Ibrahim dan Sekolah Agama Maahad Johor Baru. Ketika di bangku sekolah lagi, beliau telah menunjukkan bakatnya dalam bidang seni suara, iaitu dengan membaca al-Quran dan menyanyi. Beliau pernah mewakili sekolahnya dalam pertandingan membaca al-Quran dan memenangi hadiah Johan Seni di sekolahnya pada tahun 1968. Pada tahun 1969, beliau menyertai peraduan nyanyian anjuran Radio dan Televisyen Singapura (RTS) dan berjaya menduduki tempat kedua. | BUDAYA | Tokoh |
ABDUL GHANI MINHAT | Abdul Ghani Minhat (1935- ) pemain bola sepak Malaysia. Dia lahir pada 31 Disember 1935 di Rantau, Negeri Sembilan dan dibesarkan di Kuala Lumpur. Kerjaya bola sepak Ghani bermula setelah dia terpilih mewakili pasukan bola sepak sekolahnya, Princess Road School, di Kuala Lumpur. Ketika berusia 14 tahun, dia menyertai Kelab Bola Sepak Polis Depot. Pada tahun 1953, dia mewakili pasukan Polis Depot dalam pertandingan Hanningan Shield. Pada tahun 1954, dia terpilih mewakili Selangor dalam Kejohanan Piala FAM dan Piala Malaya. Dua tahun kemudian dia mewakili pasukan negara dalam Kejohanan Piala Asia. Dalam perlawanan ini, Malaya menewaskan Kemboja 9-2, dan Ghani menjaringkan tujuh gol. Pada tahun 1956, Ghani membantu Selangor menewaskan Singapura 2-0 untuk menjuarai Piala Malaya. | UMUM | |
MUSA HITAM, TAN SRI | MUSA HITAM, Tan Sri (1934- ), ahli politik, Timbalan Perdana Menteri (1981-1986). Dia lahir pada 18 April 1934, di Johor Bahru, Johor. Musa mendapat pendidikan menengah di English College, Johor Bahru. Dia aktif dalam pasukan perdebatan sekolahnya, di samping aktif dalam permainan ragbi dan bola sepak. Dia juga bergiat cergas dalam persatuan seperti Kelab Pemuda Malaya di Johor Bahru dan Majlis Belia Johor. Ketika masih di bangku sekolah, Musa pernah dilantik sebagai wakil Johor dalam persidangan World Association of Youth di Singapura. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
TAMAN SISWA | TAMAN SISWA, lembaga pendidikan nasional yang didirikan oleh Ki Hadjar Dewantara atau nama sebenarnya Raden Mas Suwardi Suryaningrat di Yogyakarta pada 3 Julai 1922. pertubuhan atau gerakan ini dimulai dengan sebuah taman kanak-kanak yang kemudian berkembang menjadi satu organisasi pendidikan yang cawangan dan sekolah-sekolahnya tersebar di seluruh Indonesia. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Institusi/Organisasi |
MAHMUD WAHID | MAHMUD WAHID (1903 – 1992), penglipur lara. Dia juga dikenal sebagai Awang Belanga atau Awang Batil. Dia lahir pada tahun 1903, di Kampung Gunung, Utan Aji, Perlis dan menetap di Kampung Pokok Sena, Chuping, Perlis. Walaupun berpendidikan setakat Darjah Tiga sekolah Melayu, Mahmud boleh menulis, membaca Jawi dan bertutur dalam bahasa Siam. Ayahnya pemain makyung, yang berasal dari Kampung Pulau Pisang, Jitra, Kedah, manakala ibunya berasal dari daerah Setol, selatan Thailand. Mahmud meninggalkan sekolahnya kerana berminat kepada jikey. | BUDAYA | Tokoh |
MOHD. GHAZALI HAJI CHE MAT, TAN SRI | MOHD. GHAZALI HAJI CHE MAT, Tan Sri (1930- ), Panglima Angkatan Tentera yang kelapan (1985-1987). Dia lahir pada 17 Disember 1930 di Kampung Baru Dinding, Lenggong, Perak. Selepas mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Lelaki Lenggong, dia terpilih memasuki Special Malay Class di Sekolah King Edward VII, Taiping. Dia pernah dilantik sebagai pengawas kanan dan ketua murid pada tahun 1952. Dia juga mewakili sekolahnya dalam permainan bola sepak dan ragbi. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
ABDUL GHANI MINHAT, DATO' | Abdul Ghani Minhat, Dato’ (1935- ), pemain bola sepak kebangsaan yang terkenal pada tahun 1960-an. Beliau dilahirkan pada 23 Disember 1935 di Rantau, Negeri Sembilan. Beliau menerima pendidikan di Selangor setelah bapanya, seorang anggota polis, bertukar ke Polis Depot, Kuala Lumpur. Semasa belajar di Princess Road School, Kuala Lumpur (kini Sekolah Rendah Jalan Raja Muda) beliau terpilih mewakili pasukan bola sepak sekolahnya. Beliau menyertai Kelab Bola Sepak Polis Depot semasa berusia 14 tahun. | SUKAN | Tokoh |