Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sék.ré.ta.riat] | سيکريتاريات

Definisi : (sékrétariat) 1. jawatan setia­usaha; 2. pejabat setiausaha; 3. pegawai-pegawai atau jabatan yg diamanahkan utk menjaga rekod dan melaksanakan tugas-tugas kesetiausahaan, urus setia. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sék.ré.ta.riat] | سيکريتاريات

Definisi : /sékretariat/ urus setia. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sekretariat


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
GRUP PEMUISI UKM

GRUP PEMUISI UKM, perkumpulan penyair Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Grup Pemuisi UKM (GPUKM) ditubuhkan pada 17 Disember 1977 di bawah Sekretariat Penerangan dan Penerbitan Persatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia.

SASTERAInstitusi/Organisasi
ANDROPOV, YURI VLADIMIROVICH

Andropov, Yuri Vladimirovich (1914–1984),

berkhidmat sebagai Setiausaha Agung Parti

Komunis Kesatuan Soviet dari bulan November 1982

hingga kematiannya pada bulan Februari 1984. Pada

masa itu, jawatan Setiausaha Agung sangat

berkuasa di Kesatuan Soviet. Andropov juga

berkhidmat sebagai Pengerusi Presidium of the

Supreme Soviet – Ketua Negara Kesatuan Soviet

pada masa yang sama – dari bulan Jun 1983 hingga

kematiannya. Andropov telah menjadi polis rahsia

negara, KGB, dari tahun 1967 hingga bulan Mei

1982. Dia kemudian menjadi Ahli Sekretariat

Jawatankuasa Pusat Parti Komunis.

UMUM 
LEKRA

LEKRA, organisasi kebudayaan Indonesia. LEKRA adalah singkatan daripada Lembaga Kebudayaan Rakyat. LEKRA ditubuhkan pada 17 Ogos 1950 di Jakarta. Organisasi kebudayaan ini didalangi oleh Parti Komunis Indonesia (PKI). Pemimpin LEKRA terdiri daripada D.N. Aidit (Ketua PKI) Njoto, (wakil Ketua II dalam Politburo PKI), M.S. Ashar, A.S. Dharta, dan Joebaar Ajoeb. Setiausaha Pusat LEKRA ialah A.S. Dharta, M.S. Ashar, dan Herman Arjuno (masing-masing Setiausaha I, II dan III). Henk Ngantung dan Joebaar Ajoeb menjadi ahli pada Sekretariat Pusat. Keseluruhan pimpinan Pusat LEKRA terdiri daripada 41 orang yang merancang dan mengendalikan dasar perjuangan LEKRA menurut arahan PKI.

SASTERAInstitusi/Organisasi

Kembali ke atas