RESOLUSI KUASA PERANG | Resolusi Kuasa Perang ialah undang-undang Amerika Syarikat yang digubal untuk mengimbangi kuasa ketenteraan presiden dan Kongres. Undang- undang ini diluluskan pada tahun 1973, dan lebih dikenali sebagai Akta Kuasa Perang. Menurut Seksyen 4(a)(1) resolusi ini, presiden mesti memaklumkan kepada Kongres dalam tempoh 48 jam sekiranya tentera Amerika Syarikat hendak dihantar ke kawasan musuh tanpa pengisytiharan perang. Di samping itu, tentera tersebut tidak boleh berada di kawasan tersebut lebih daripada 90 hari melainkan Kongres meluluskan tindakan presiden itu atau mengisytiharkan perang. | UMUM | |
DENAI OREGON | Denai Oregon merupakan jalan darat yang terpanjang dan terbesar yang digunakan dalam perluasan wilayah ke arah barat Amerika Syarikat. Jalan ini berliku-liku sepanjang 3200 kilometer melalui prairi dan gurun dan merentasi pergunungan dari Independence, Missouri, ke Barat Laut Pasifik. Malah pada hari ini, pelawat masih boleh melihat lekuk-lekuk bekas laluan roda kereta kuda di sepanjang seksyen denai. | UMUM | |
LEMBAGA PERTUBUHAN PELADANG | LEMBAGA PERTUBUHAN PELADANG, sebuah badan berkanun di bawah pengawasan Kementerian Pertanian. Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) telah ditubuhkan pada 14 Februari 1973 sebagai badan berkanun persekutuan menerusi akta yang diluluskan iaitu yang dikenal sebagai Akta Pertubuhan Peladang 1973. Di bawah Seksyen 4 Akta ini, dijelaskan tujuan penubuhan LPP iaitu: | BUDAYA | Institusi/Organisasi |
SENOI PRAAQ | SENOI PRAAQ, satu pasukan bantuan dalam Pasukan Polis Hutan (PPH). Pasukan ini ditubuhkan pada tahun 1956 untuk menghadapi ancaman komunis terhadap masyarakat Orang Asli. Senoi Praaq bermakna Orang Perang atau Orang lawan Orang Asli. Sejarah penubuhan pasukan ini bermula pada masa Darurat (1948-1960), ketika komunis menghasut masyarakat Orang Asli supaya menyertai perjuangan mereka menentang kerajaan. Pengganas komunis telah memperalatkan Orang Asli untuk mendapatkan bekalan makanan dan memberikan maklumat tentang pergerakan pasukan keselamatan. Untuk menjaga kepentingan masyarakat Orang Asli, pihak British menubuhkan satu unit Praaq pada bulan Mei 1956. Pasukan tersebut diketuai oleh Lt. Kol. R.O.D. Noore, penasihat Orang Asli di Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA). Pasukan ini diberi latihan senjata api dan taktik berperang oleh Rejimen 22, Special Air Service (SAS). Kumpulan pertama pasukan ini terdiri daripada 40 orang yang dibahagikan kepada empat seksyen, iaitu 10 orang setiap seksyen. Sebahagian besar anggota terdiri daripada bekas anggota Parti Komunis Malaya (PKM) yang kembali menyokong kerajaan. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Institusi/Organisasi |