Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PROTEA

Protea ialah nama sekumpulan besar pokok renek

dan pokok yang tumbuh terutamanya di Afrika

Selatan. Protea mempunyai daun malar hijau dan

gugusan bunga yang padat. Setiap gugus dikelilingi

oleh sekumpulan daun berwarna terang yang

dikenali sebagai braktea. Protea mengeluarkan

kekeras yang diliputi bulu kasar.

UMUM 
KELAS MENENGAH

Kelas menengah ialah sekumpulan orang yang

berada di antara kelas atasan dengan kelas

bawahan dalam sesebuah masyarakat. Istilah kelas

menengah pertama kali digunakan secara umum

ketika awal tahun 1800-an di Eropah. Ia merujuk

kepada borjuis (kelas peniaga), sekumpulan orang

yang berada di antara kaum aristokrat dengan

kaum petani.

UMUM 
ILLICIUMIllicium ialah nama sekumpulan pokok renek
dan pokok yang wangi.
UMUMUmum
OLGAS

Olgas merupakan sekumpulan singkapan batu

besar dan bulat yang terletak 32 kilometer di barat

Ayers Rock di Wilayah Utara Australia. Ia meliputi

kawasan seluas 25 kilometer persegi, dan

dikelilingi oleh dataran gumuk pasir. Gunung

Olga, puncak yang tertinggi, menjulang setinggi

1025 meter di atas aras laut.

UMUM 
ORKNEY

Orkney ialah sekumpulan 67 buah kepulauan

dan pulau kecil yang terletak di pantai utara

Scotland. Sebahagian daripada 21 buah

Kepulauan Orkney didiami. Pulau yang terbesar,

Mainland, mempunyai jumlah penduduk yang

paling ramai termasuk di pekan-pekan Kirkwall

dan Stromness.

UMUM 
SEDAR

Sedar ialah sekumpulan pokok besar, malar

hijau yang tumbuh di banyak bahagian di dunia.

Terdapat dua kumpulan utama sedar, iaitu sedar

kupresineus dalam famili sipres dan sedar

sebenar dalam famili pain.

UMUM 
SALVIA

Salvia ialah sekumpulan tumbuhan yang tumbuh

di kawasan sederhana dan kawasan panas di dunia.

Salvia mempunyai bunga berbibir dua yang

berbeza-beza warnanya daripada putih dan kuning

pucat hingga kepada biru, ungu dan merah marak

(scarlet). Pekebun menggunakan banyak jenisnya

sebagai tumbuhan hiasan, termasuk sage merah marak, yang

mempunyai bunga merah terang. Ia berasal

dari Brazil, tetapi ditanam di bahagianbahagian

lain di dunia. Sage taman yang

digunakan untuk memperisa makanan

ialah salvia.

Lihat juga Sage.

Pengelasan saintifik.

Salvia adalah dalam famili pudina, Labiatae

(Lamiaceae), genus Salvia . Sage merah marak ialah

spesies S. splendens dan sage taman ialah S.

officinalis .

UMUM 
TISU

Tisu ialah sekumpulan sel yang sama-sama bekerja

untuk melakukan fungsi tertentu dalam organisma.

Kumpulan-kumpulan tisu, kemudiannya,

membentuk organ haiwan dan tumbuhan.

Tisu haiwan biasanya dibahagikan kepada

empat kumpulan: (1) tisu penghubung (2) epitelium

(3) otot dan (4) tisu saraf.

UMUM 
MONERAN

Moneran ialah sekumpulan organisma satu sel

yang primitif. Kumpulan ini terdiri daripada

bakteria dan alga hijau. Organisma ini hidup

bersendirian atau berkumpulan yang dikenali

sebagai koloni. Organisma individu hanya boleh

dilihat dengan mikroskop, tetapi sesetengah

koloni boleh dilihat dengan mata kasar.

UMUM 
PUDING

Puding ialah sekumpulan pokok renek tropika,

malar hijau yang tergolong dalam famili spurg e.

Terdapat kira-kira 15 spesies. Puding berasal dari

Asia Tenggara dan Pasifik. Ia ditanam kerana

daunnya yang berwarna-warni. Daunnya sepanjang

10 sentimeter hingga 15 sentimeter, berbentuk

tombak, atau terbahagi menjadi cuping. Ia

mungkin berbintik-bintik, bercarik-carik atau

berbelang-belang berwarna kuning, putih, hijau,

samar, dan merah. Corak daunnya berbeza-beza

daripada satu daun kepada daun lain pada pokok

yang sama.

UMUM 
12345678910...

Kembali ke atas