Rembesan ialah bahan berguna yang dikeluarkan oleh sesuatu sel dan kemudian dilepaskan dari sel tersebut. Sel yang membentuk rembesan biasanya terdapat dalam kelenjar. Rembesan dari  kelenjar   eksokrin  dikeluarkan ke dalam  duktus  (tiub) yang menuju ke organ-organ lain atau ke permukaan badan. Rembesan demikian termasuk air liur, air mata, mukus, peluh, hempedu, dan jus pankreas.  Kelenjar endokrin (tanpa duktus)  mengeluarkan rembesan terus ke dalam darah. Rembesan ini, yang dinamakan  hormon,  membantu mengatur banyak proses badan. Hormon termasuk tiroksin, insulin, adrenalin, estrogen, dan androgen. Sel khusus dalam usus, ginjal, jantung, dan plasenta juga merembes hormon. Tumbuhan dan haiwan invertebrat (tanpa tulang belakang) juga mengeluarkan rembesan, yang sesetengahnya mempunyai nilai komersial.  |