SYIRIK | Mempercayai dan menganggap sesuatu selain dari Allah S.w.t. sebagai sekutu-Nya. | AGAMA | Kepercayaan |
SHIVA | Shiva, dewa Hindu yang utama selain Vishnu Shiva ialah dewa sakti yang digambarkan memiliki kebaikan dan kejahatan. Penganut Hindu menggelarnya Pemusnah kerana ada masanya dia akan memusnahkan dunia ini untuk menciptanya semula. | UMUM | |
SYAHADAH | lafaz kalimah umat islam-pengakuan tiada tuhan selain Allah dan nabi Muhammad pesuruh Allah | AGAMA | Konsep |
MODAL | Modal adalah istilah ekonomi bermaksud kekayaan, selain daripada tanah, yang digunakan untuk menambahkan kekayaan. Wang simpanan adalah modal, kerana digunakan untuk menambah kekayaan menerusi faedah atau dividen. Tanah dan sumber-sumber semula jadi tidak dikira sebagai modal kerana bukan dikeluarkan oleh manusia. Kebanyakan aset yang digunakan dalam perniagaan adalah modal, kerana ia digunakan untuk mendapatkan keuntungan. Barang-barang peribadi seperti makanan, perabot, dan pakaian dianggap sebagai harta, tetapi bukannya modal. Barang-barang ini tidak menambahkan kekayaan. Terdapat dua jenis modal perniagaan, modal tetap dan modal kerja. | UMUM | |
SARIMAH | Sarimah (1942– ) ialah pelakon filem Melayu yang terkenal. Selain pelakon, Sarimah juga terkenal sebagai penerbit dan pengarah filem Melayu. Nama sebenarnya ialah Sarimah binti Ahmad. | UMUM | |
SERBIA | Serbia ialah salah satu daripada dua republik Yugoslavia, selain Montenegro. Pada tahun 1918, Serbia menjadi sebahagian daripada kerajaan Serb, Croat dan Slovene, yang kemudiannya dinamakan Yugoslavia. Pada tahun 1946, Yugoslavia menjadi sebuah negara persekutuan yang terdiri daripada enam republik dan Serbia ialah republik yang terbesar antara kesemuanya. Pada tahun 1991 dan tahun 1992, empat daripada republik itu, iaitu Slovenia , Croatia, Macedonia, dan republik Bosnia- Herzegovina telah mengisytiharkan kemerdekaan mereka. Pada bulan April 1992, Serbia dan Montenegro membentuk sebuah Yugoslavia yang baharu dan lebih kecil. | UMUM | |
ARENA WATI | Arena Wati (1925– ), Sasterawan Negara Malaysia yang kelima (1987). Selain Arena Wati, nama penanya yang lain ialah Duta Muda, Partia dan Haji. Nama sebenarnya ialah Muhammad bin Abdul Biang atau Andi Muhammad Dahlan bin Andi Buyung. | UMUM | |
ORTODONTIK | Ortodontik merupakan satu cabang bidang pergigian yang mencegah dan membetulkan kedudukan gigi yang tidak tersusun. Selain mencacatkan penampilan diri, kedudukan gigi yang tidak tersusun sukar dibersihkan. Oleh itu, gigi lebih mudah rosak dan menyebabkan penyakit gusi [lihat Gigi (Penyakit Periodontal)]. Ia juga menyebabkan masalah kunyahan dan pertuturan. | UMUM | |
MAKHLUK ANGKASA | Makhluk angkasa merujuk kepada kehidupan atau makhluk cerdik yang berasal dari tempat yang lain selain bumi. Makhluk seperti ini belum pernah dijumpai. Walaupun begitu, kajian tertentu, termasuk kajian kosmologi (sejarah alam semesta) dan kajian fosil dan geologi di bumi telah menyebabkan ramai ahli sains percaya bahawa kehidupan atau makhluk seperti ini mungkin wujud. | UMUM | |
PARTI KONSERVATIF | Parti Konservatif ialah satu daripada dua parti politik utama di Britain, selain Parti Buruh. Golongan konservatif berusaha memelihara institusinya. Parti ini percaya bahawa perubahan hendaklah bersifat evolusi bukan revolusi. | UMUM | |