Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata selalunya

Peribahasa

Naik seperti semut,
     turun seperti ribut.

Bermaksud :

Hendak memperoleh kejayaan selalunya lambat, tetapi hendak jatuh mudah sekali. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Naik melompat, turun terjun, b. Naik membilang anak tangga, turun selangkah jejaklah ke bumi).

 

Lihat selanjutnya...(3)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
MIELITIS

Mielitis ialah keradangan saraf tunjang atau

sumsum tulang dan selalunya disebabkan oleh

virus atau jangkitan lain. Poliomielitis ialah satu

bentuk mielitis. Bentuk lain termasuk sklerosis

berbilang dan penyakit anjing gila. Gejala

penyakit mielitis selalunya termasuk

sakit belakang dan lumpuh.

UMUM 
MALIGNANSI Malignansi selalunya dirujuk sebagai tumor malignan atau kanser, dan bukannya tumor benigna (yang bukan kanser) (lihat Tumor).UMUMUmum
DELINKUENSI JUVENIL

Delinkuensi juvenil selalunya dikaitkan

dengan perlanggaran undang-undang oleh

seseorang juvenil. Perbuatan ini dianggap

jenayah jika dilakukan oleh orang dewasa seperti

mencuri dan juga perbuatan yang hanya salah

di sisi undang-undang bagi kanak-kanak lelaki

atau perempuan, seperti membeli minuman

keras. Kebanyakan orang menggunakan istilah

delinkuensi juvenil bagi semua perbuatan

golongan remaja yang bertentangan dengan

norma masyarakat, tidak kira sama ada perbuatan

itu salah atau tidak di sisi undang-undang.

UMUM 
PETIT POINT

Petit point ialah bentuk sulaman yang halus,

selalunya dijahit di atas kanvas jejaring halus.

Istilah ini juga digunakan untuk menggambarkan

kanvas yang telah siap. Petit point kadangkala

dikenali juga sebagai jahit khemah (tent stitch) atau

jahit setengah (half stitch).

UMUM 
AUTOGRAF

Autograf ialah apa saja yang ditulis tangan. Istilah

ini selalunya merujuk kepada tandatangan

seseorang. Walau bagaimanapun, autograf juga

boleh jadi banyak contoh tulisan, seperti surat

kiriman, dokumen, dan manuskrip. Istilah autograf

berasal dari perkataan Yunani autos bermakna diri,

dan graphein, bermakna menulis .

UMUM 
ELEGI

Elegi ialah puisi yang biasanya dikaitkan dengan

kematian, selalunya kematian rakan-rakan.

UMUM 
KAKI TOMBOL

Kaki tombol ialah bentuk kaki yang luar biasa,

selalunya terjadi sejak kelahiran. Walau

bagaimanapun, ia berkemungkinan juga terjadi

kemudian akibat daripada kemalangan atau

poliomielitis atau disebabkan penyakit-penyakit

lain. Keadaan tersebut juga dinamakan talipes.

UMUM 
MAGNOLIA

Magnolia ialah nama sekumpulan pokok dan

pokok renek yang selalunya mempunyai bunga

yang besar dan menarik. Magnolia tumbuh di dua

kawasan berasingan di dunia. Kebanyakan daripada

80 spesies pokok ini tumbuh di Asia. Sesetengah

spesies tumbuh di Amerika Utara dan Amerika

Selatan.

UMUM 
TAKOMETER

Takometer ialah peranti yang digunakan untuk

mengukur kelajuan putaran bagi roda atau aci

pemintal, selalunya dalam putaran per minit (rpm).

Takometer juga sering kali digunakan untuk

mengukur rpm enjin pada kereta, kapal laut dan

kapal terbang. Takometer menunjukkan kuasa

enjin dan kepantasannya menukar tenaga kepada

daya mekanikal.

UMUM 
TELEPRINTER SAHAM

Teleprinter saham ialah petunjuk elektronik

yang menunjukkan pembelian dan penjualan stok

dan saham. Ia selalunya terpapar di skrin video.

Petunjuk ini mencatatkan setiap urus niaga termasuk

nama syarikat yang menerbitkan saham, bilangan

saham yang terlibat, dan saham yang dibeli atau

dijual.

UMUM 
12345

Kembali ke atas