Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.lam] | سلم

Definisi : ; juru~ orang yg kerjanya masuk ke dlm air (utk mencari mutiara, mengetahui ada tidaknya ikan, dll); kapal ~ kapal yg boleh bergerak di dlm air (biasanya utk kegunaan peperangan); berselam Pr menguji siapa yg akan me­musingkan gasing dahulu (dlm permainan gasing); ~ air bersumpah dgn menyelam (utk membuktikan kebenaran); menyelam 1. masuk ke dlm air (dgn seluruh badan): burung penguin sangat pandai ~ dan berenang; 2. masuk ke dlm air utk mencari sesuatu: dekat Mergui, perusahaan ~ mutiara ada dijalankan; 3. ki masuk dalam-dalam, terbenam, menghilang dlm sesuatu: keris itu ~ ke dlm belikatnya; kapal terbang itu ~ ke dlm awan; 4. ki = menyelami mencari atau menduga (isi hati, perasaan, dll orang lain), mengetahui, me­meriksa: kebanyakannya cuba ~ kesusahan kami sbg nelayan; aku mesti ~ lubuk hati gadis bakal isteriku; pandai ~ di air dangkal prb pandai membawa diri; sambil ~ minum air prb sekali melakukan pekerjaan dua tiga maksud tercapai; menyelami 1. menyelam ke dlm air (laut dll); 2. menyelam utk mencari sesuatu dll: engkau jatuh dia yg menyambut, engkau karam dia yg ~; 3. ki menyelidiki atau menduga (isi hati, perasaan orang lain), ber-usaha utk mengetahui sesuatu: dia seoranglah yg pernah ~ hati Juliana; tugas saya bukan sahaja mengumpulkan surat-surat itu tetapi juga ~ kandungannya; ~ air dlm tonggak prb sukar sekali utk mengetahui isi hati orang lain; menyelamkan memasukkan (sesuatu) ke dlm air, membenamkan, mencelupkan: maka dibawanya timba, diselamkannya ke dlm air yg keruh itu; terselam dapat atau sudah menyelam, ter­benam; terselami boleh diselami, dapat difahami, terduga; selaman hasil atau usaha menyelam, menye­lami atau menyelamkan; penyelaman perbuatan menyelam, menye­lami atau menyelamkan; penyelam 1. orang yg menyelam, juruselam: ~-~ yg memasuki lautan dalam terpaksa membawa udara sendiri; 2. sesuatu yg diguna-kan utk menyelam, sesuatu yg dise­lamkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.lam] | سلم

Definisi : Id, bp Islam; orang ~ a) orang yg beragama Islam; b) orang Melayu (Indonesia). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.lam] | سلم

Definisi : ; menyelam 1 memasukkan se­­­­luruh badan ke dlm air; mem­be­nam­kan seluruh badan ke dlm air: Kami sangat suka berenang dan ~ di sungai itu. 2 masuk ke dlm air utk mencari sesuatu: ~ mutiara. menyelami 1 me­­­nye­lam di sesuatu tempat dgn tujuan tertentu: Dia ~ kolam itu utk mencari cincinnya yg terjatuh. 2 ki menduga perasaan atau isi hati se­seorang; mencuba utk menge­tahui apa-apa yg difikirkan oleh seseorang: Dia tidak dpt ~ isi hati sahabatnya itu. menyelamkan memasukkan ke dlm air; membenamkan. penyelaman hal (perbuatan dsb) menyelam, menyelami, atau menyelamkan. penyelam orang yg kerjanya menyelam. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
selam
Kata Terbitan : menyelam, menyelamkan, terselam, terselami, penyelaman, penyelam,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
KAPAL SELAM KUASA ATOM

Kapal selam kuasa atom, atau kapal selam

nuklear . Lihat Kapal selam (Loji Kuasa; Kapal selam

nuklear).

UMUM 
KAPAL SELAM

Kapal selam ialah kapal yang belayar dalam air.

UMUM 
MENYELAM

Menyelam ialah aktiviti berenang di bawah

permukaan air sambil menahan nafas atau

bernafas menggunakan tangki udara termampat.

Istilah ini umumnya merujuk kepada selam tahan

nafas , iaitu bentuk menyelam yang paling tua dan

paling ringkas. Menyelam dengan menggunakan

bantuan tangki udara dikenali sebagai selam

skuba .

UMUM 
RICKOVER, HYMAN GEORGE

Rickover, Hyman George (1900–1986) ialah

pegawai angkatan tentera laut Amerika, perintis

pembinaan Nautilus, kapal selam pertama yang

menggunakan kuasa nuklear. Pada tahun 1965, dia

dianugerahkan Pingat Enrico Fermi, anugerah sains

atom Amerika Syarikat yang tertinggi. Rickover

telah menghasilkan Education and Freedom (1959),

yang mengandungi pendapatnya tentang

pendidikan.

UMUM 
KAPAL PERANG

Kapal perang ialah kapal tempur tentera laut.

Sesetengah kapal perang mampu menyerang

pesawat udara, kapal permukaan, dan kapal selam

musuh.

UMUM 
KAPAL FRIGAT

Kapal frigat ialah kapal perang yang digunakan

untuk tugas mengiring dan meronda. Kapal ini

boleh melancarkan roket dan peluru torpedo

terhadap kapal selam.

UMUM 
PICCARD

Piccard ialah nama keluarga ahli sains

Switzerland yang sangat terkenal dalam bidang

aeronautika (penerbangan) dan kajian lautan dengan

mereka bentuk dan menguji belon beraltitud tinggi

yang baru dan juga kapal selam laut dalam. Auguste

dan Jean Piccard, dua saudara kembar lahir di Basel,

Switzerland dan mendapat pendidikan di Zurich.

Jacques Piccard, anak lelaki Auguste lahir di Brussel,

Belgium , dan memperoleh ijazah dari University of

Geneva .

UMUM 
KUMBANG AIR

Kumbang air ialah nama yang diberi kepada

banyak famili kumbang yang hidup dalam air.

Kumbang air biasa ialah whirligig, kumbang selam

pemangsa, dan kumbang air raksasa pebangkai.

Sesetengah serangga ini hidup sepanjang

hayatnya dalam air. Yang lain hidup dalam air atau

berhampiran dengan air hanya pada peringkat

larva.

UMUM 
SCAPA FLOW

Scapa Flow ialah lembangan laut yang dikelilingi

oleh Kepulauan Orkney, di utara Scotland.

Panjangnya ialah 24 kilometer dan lebarnya 13

kilometer. Scapa Flow menjadi ibu pejabat

skuadron Armada Utama British semasa Perang

Dunia I. Pada 21 Jun 1919, tentera laut Jerman yang

kalah membocorkan dan menenggelamkan kapal

yang masih berada di lembangan itu. Ketika Perang

Dunia II, kapal selam Jerman menenggelamkan

kapal perang British, Royal Oak , semasa

melabuhkan sauhnya di Scapa Flow. Pada tahun

1970-an dan tahun 1980-an, Scapa Flow menjadi

terminal penting untuk saluran paip minyak dari

Laut Utara.

Lihat juga Orkney.

UMUM 
SURAH AL-HADID

Surah al-Hadid ialah salah satu daripada surah

Madaniyyah, surah yang ke-57 mengikut susunan

surah-surah Al-Quran dan mengandungi 29 ayat.

Surah ini dinamakan al-Hadid (besi) kerana

kandungannya menceritakan tentang besi. Besi

merupakan sumber kekuatan manusia dalam

peperangan dan simbol pendamaian. Besi juga

digunakan untuk membina bangunan. Selain itu,

besi boleh digunakan untuk membina jambatan

besar, membuat alat perisai, pedang dan panah,

kereta kebal, kapal selam, kereta perisai yang

berat dan barang-barang lain yang berfaedah.

UMUM 

Kembali ke atas