SELASA | Selasa ialah hari ketiga dalam seminggu. Namanya ( Tuesday dalam bahasa Inggeris) berasal daripada perkataan Tiu , atau Tiw , iaitu ejaan Anglo-Saxon bagi Tyr , nama dewa peperangan orang purba Scandinavia dan Iceland. Tyr ialah anak lelaki kepada Odin, atau Woden, yang hari Wednesday (Rabu) dinamakan sempena namanya. Orang Perancis menyebut hari Selasa Mardi , sempena nama Mars, dewa peperangan orang Rom. Shrove Tuesday , hari sebelum Lent dinamakan sedemikian kerana biasanya pengakuan dibuat di hadapan paderi pada hari itu dan orang yang mengaku kesalahannya diberi pengampunan (dalam bahasa Inggerisnya, Shriven atau Shrove ) oleh paderi. Lihat juga Minggu. | UMUM | |
PIALA MELBOURNE | Piala Melbourne ialah acara lumba kuda yang paling masyhur dalam kalendar perlumbaan Australia atau New Zealand. Perlumbaan ini merupakan acara handikap sejauh 3.2 kilometer di Balapan Flemington Melbourne pada hari Selasa pertama bulan November. Perlumbaan itu disiarkan melalui radio dan televisyen. Penduduk Melbourne mendapat cuti awam pada hari perlumbaan tersebut. | UMUM | |
TANJUNG PENEGERI | TANJUNG PENEGERI, akhbar yang diterbitkan di Pulau Pinang pada pengujung abad ke-19. Akhbar yang diterbitkan dua kali seminggu, iaitu pada hari Selasa dan Jumaat ini terbit pertama kalinya pada 4 Oktober 1894. Editor pertama akhbar ini ialah S.P.S.K. Kadar Sahib, seorang yang berketurunan India Muslim. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Penerbitan |
GURINDAM DUABELAS | GURINDAM DUABELAS, gubahan gurindam yang cukup panjang, terdiri daripada banyak bait dan dua belas pasal. Gurindam Duabelas ditulis pada hari selasa 23 Rejab 1264 H., oleh Raja Ali Haji dari Riau. Dia adalah salah seorang cucu Raja Haji yang masyhur; Raja Muda Riau berdarah Bugis, yang telah gugur di Teluk Ketapang ketika melawan Belanda di Melaka pada tahun 1784 M. Selain sebagai penyair, dia dikenal sebagai penulis sejarah dan penyusun kitab tatabahasa Melayu yang tergolong kuno. Hari lahir dan wafatnya tidak diketahui dengan pasti. Lahirnya kemungkinan di sekitar tahun 1809 M. dan wafatnya antara tahun 1869 M. dan 1875 M. | SASTERA | Karya |
SUARA BENAR | SUARA BENAR, akhbar dwimingguan. Penerbitan pertama akhbar ini bertarikh 2 September 1932. akhbar ini diterbitkan pada hari Selasa dan Jumaat setiap minggu. Penerbitnya ialah Malacca Lattefiah Press, No. 9, Temple Street, Melaka. Inilah satu-satunya akhbar Melayu yang diterbitkan di Melaka. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Penerbitan |
UTUSAN MELAYU | UTUSAN MELAYU, akhbar bertulisan Jawi dan Rumi yang diterbitkan di Singapura oleh Singapura Free Press sejak 7 November 1907. Pada peringkat awalnya, Utusan Melayu diterbitkan tiga kali seminggu iaitu pada hari Selasa, Khamis dan Sabtu bermula dari 7 November 1907 hingga 21 September 1915. Dari tahun 1915 hingga tahun 1921, Utusan Melayu menjadi akhbar harian. Akhbar ini diberhentikan penerbitannya pada tahun 1921. Antara pengarang Utusan Melayu di peringkat awal ialah Mohd. Eunos bin Abdullah (1907-1909), Abdul Hamid bin Miskin (1909-1914), Mohd. Ismail bin Abdul Kadir (1914-1918) dan Syed Sadullah Khan (1918-1921). Pada 29 Mei 1930, Utusan Melayu diterbitkan semula hingga tahun 1938. | SASTERA | Penerbitan |