SELAT | Selat ialah terusan air yang sempit di antara dua jasad air yang besar. Banyak peperangan telah berlaku dan perjanjian dirundingkan untuk menguasai dan menggunakan selat-selat penting di dunia. Antara selat yang terkenal termasuk Selat Gibraltar di antara Lautan Atlantik dan Laut Mediterranean, dan Selat Bosporus dan Selat Dardanelles di antara Laut Mediterranean dan Laut Hitam. Selat Magellan yang terletak di hujung Amerika Selatan adalah satu-satunya selat di antara Lautan Atlantik dan Lautan Pasifik. Istilah <i> selat, i> <i> laluan i> dan <i> terusan i> biasa dipakai silih berganti dengan satu dengan lain. Lihat juga rencana berasingan dalam <i> Ensiklopedia Dunia i> tentang beberapa selat. | UMUM | |
SELAT MENAI | Selat Menai ialah selat yang sempit di antara pulau Anglesey di Laut Ireland dengan tanah besar Wales Utara. Selat ini lebih kurang 25 kilometer panjang dan terbentang dari Beaumaris di timur laut ke Abermenai Point di barat daya. Lebarnya tidak sekata dari lebih kurang lima kilometer hingga sekecil 180 meter. Bangor ialah bandar yang terbesar di selat ini. Jambatan gantung Selat Menai yang dibina oleh Thomas Telford terletak berhampiran. | UMUM | |
SELAT SAINT GEORGE | Selat Saint George ialah cabang selat di Lautan Atlantik yang memisahkan Wales dari bahagian selatan Ireland. Panjangnya lebih kurang 160 kilometer dan lebarnya antara 97 kilometer dan 160 kilometer. Selat ini bermula dari Holyhead dan Dublin hingga ke St. David’s Head, menyambungkan Laut Irish dengan Lautan Atlantik. | UMUM | |
SELAT INGGERIS | Selat Inggeris ialah kawasan berair di antara England dengan Perancis yang menghubungkan Lautan Atlantik dengan Laut Utara. Selat sepanjang 563 kilometer ini lazimnya dirujuk sebagai Selat Inggeris. Lebarnya berbeza-beza dari kira-kira 35 kilometer hingga 160 kilometer. Bahagian yang paling sempit – di antara bandar Dover di England dengan bandar Calais di Perancis – ialah Selat Dover. | UMUM | |
SELAT BASS | Selat Bass memisahkan Tasmania dari tanah besar Australia. Untuk lokasinya, lihat Australia (peta politik). Selat ini lebarnya lebih kurang 240 kilometer. Kawasan perairan yang cetek ini dalamnya antara 55 meter hingga 90 meter. Arus lautan yang kuat melanda sepanjang selat ini dan mengakibatkan keadaan yang bergelora sepanjang tahun. Terdapat banyak pulau di Selat Bass, termasuk gugusan pulau Furneaux dan Kent. Selat ini dinamakan sempena nama George Bass, yang belayar melaluinya bersama-sama Matthew Flinders pada tahun 1798. | UMUM | |
RENANG SELAT | Renang selat secara amnya merujuk kepada berenang untuk menyeberangi Selat Inggeris. Perenang-perenang jarak jauh dunia menganggap acara renang ini sebagai salah satu cabaran yang paling besar bagi kerjaya mereka. Dalam beberapa tahun, seramai 50 orang mencuba untuk menyeberanginya. Lima daripada enam percubaan itu gagal. Hari ini, kebanyakan perenang yang berjaya berenang menyeberanginya dengan teknik yang lebih baik, dalam masa separuh daripada yang diambil oleh perenang selat yang pertama, iaitu Matthew Webb yang merenanginya pada tahun 1875. | UMUM | |
SELAT MAGELLAN | Selat Magellan ialah jalan air yang sempit dan bergelora yang memisahkan Kepulauan Tierra del Fuego dari tanah besar Amerika Selatan. Selat Magellan terletak di bahagian selatan benua itu. Pada tahun 1520, Ferdinand Magellan, penjelajah Portugis, mengetuai expedisi orang Eropah yang pertama melalui selat ini semasa mengelilingi dunia buat pertama kalinya. | UMUM | |
SELAT MILFORD | Selat Milford, di pantai barat Pulau Selatan, New Zealand, ialah salah satu tarikan pelancong yang paling terkenal di negara itu. Tebing batu yang curam dan tinggi menjadikannya <i> selat i> (serokan laut) yang paling hebat di kawasan tersebut. | UMUM | |
SELAT BRISTOL | Selat Bristol ialah cabang Lautan Atlantik yang terletak di antara Wales dengan barat daya England. Ia menganjur kira-kira 130 kilometer dari laut ke Sungai Severn (lihat United Kingdom [peta muka bumi]). Pasang surut yang melanda bahagian terusan yang sempit ini menyebabkan berlaku <i> ombak muara i> (ombak gadang yang tinggi). Ombak ini telah menyongsangkan aliran Sungai Severn. Ketinggian ombak gadang boleh mencapai 12 meter. Swansea dan Cardiff ialah pelabuhan utama di pantai Wales. Bristol terletak berhampiran dengan hulu selat. Manakala berhampiran Bristol pula ialah Sungai Avon yang mengalir ke muara Sungai Severn. | UMUM | |
SELAT MELAKA | SELAT MELAKA, perairan penting dan laluan utama di antara Timur dengan Barat. Selat Melaka memisahkan Sumatera dengan Semenanjung Malaysia lebih 600 batu nautika. Selat ini juga menghubungkan Lautan Hindi dengan Laut China Selatan. Kelebarannya berbeza-beza dari tiga batu nautika di laluan paling sempit berhampiran Singapura, hingga 300 batu nautika berhampiran jalan masuk di barat laut. Selat Melaka agak cetek dan di jalan masuk di bahagian selatan terdapat banyak pulau kecil yang dikelilingi oleh terumbu, beting pasir dan arus yang berbahaya. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Bandar/Negeri/Negara/Tempat |