AFRIKA SELATAN, KERAJAAN. | Afrika Selatan, Kerajaan. Afrika Selatan ialah sebuah republik berparlimen. Parlimen Afrika Selatan terbentuk pada bulan April 1994, selepas Afrika Selatan mengadakan pilihan raya umumnya yang pertama. Ketika itu semua orang dewasa boleh mengundi. Anggota parlimen memilih presiden yang akan menjadi ketua kerajaan , menguasai penggubalan dan pelaksanaan dasar kerajaan. Presiden juga ialah ketua negara , yang bertindak sebagai wakil rasmi negara dan melaksanakan tugas-tugas istiadat. | UMUM | |
KUTUB SELATAN | Kutub Selatan ialah istilah yang digunakan untuk beberapa titik permukaan tidak kelihatan di kawasan Antartika. Yang paling terkenal ialah kutub geografi selatan. Tetapi Kutub Selatan penting yang lain termasuk kutub selatan seketika, kutub selatan imbangan, kutub selatan magnet, dan kutub selatan geomagnet. | UMUM | |
SUKAN PASIFIK SELATAN | Sukan Pasifik Selatan dibuka kepada peserta dari semua negara dan kawasan kepulauan di Pasifik Selatan kecuali Australia dan New Zealand. Kebanyakan atlet dari kepulauan utama di kawasan Pasifik Selatan mengambil bahagian lebih daripada 12 acara sukan di temasya ini. Sukan Pasifik Selatan pertama kali diadakan di Fiji pada tahun 1965. Sukan seterusnya diadakan di New Caledonia pada tahun 1967, Papua New Guinea pada tahun 1969, Polinesia Perancis pada tahun 1971, Guam pada tahun 1975, Fiji pada tahun 1979, Samoa Barat pada tahun 1983, New Caledonia pada tahun 1987, Papua New Guinea pada tahun 1991, Guam pada tahun 1999 dan Fiji pada tahun 2003. | UMUM | |
TANJUNG HORN | Tanjung Horn ialah bahagian paling selatan Amerika Selatan. Ia terletak di hujung selatan kepulauan Horn di Chile. William Schouten, ahli pelayaran Belanda, menamainya sempena bandar asalnya Hoorn, pada tahun 1616. Tanjung ini menjulur jauh ke laut. Tebingnya curam dan pada beberapa tempat setinggi 150 hingga 180 meter. Tumbuhan kurang hidup di Tanjung Horn akibat iklim yang sejuk. Kawasan sekitar tanjung ini terlalu kerap dilanda ribut, hingga ahli pelayaran amat bimbang apabila mengelilinginya. Banyak kapal kini mengelak daripada melalui tanjung ini dan sebaliknya menggunakan Terusan Panama. | UMUM | |
TAEGU | Taegu (pend. 2 229 040) ialah bandar raya ketiga terbesar di Korea Selatan selepas Seoul dan Pusan. Taegu terletak di bahagian selatan Korea Selatan (lihat Korea [peta]). Bandar raya ini adalah pusat perdagangan dan pendidikan. | UMUM | |
AFRIKA SELATAN, SENI | Afrika Selatan, Seni. Seni di Afrika Selatan telah bermula sejak beribu-ribu tahun yang lalu dengan karya seni orang San. Mereka mengukir batu-batu tongkol dan melukis dinding-dinding gua serta tempat perlindungn mereka yang diperbuat daripada batu (lihat Khoisan ). Seni suku kaum primitif Afrika Selatan menerima pengaruh yang kuat daripada suku kaum kulit hitam Afrika yang berhijrah masuk dari utara. Suku kaum tersebut meneruskan tradisi kuno dalam seni pahat/ukir, seni anyaman bakul, seni tembikar, dan membuat manik. | UMUM | |
PALANG SELATAN | Palang Selatan ialah buruj (sekumpulan bintang) terkenal di Hemisfera Selatan. Ia juga digelar sebagai Pari atau Crux. Buruj ini dinamai begini kerana empat buah bintangnya yang paling cerah membentuk palang. Kecerahan cahaya bintang disebut magnitud. Bintang yang paling cerah berada dalam magnitud pertama. Bintang yang terletak paling jauh ke selatan ialah bintang magnitud pertama. Bintang yang terletak di sebelah timur dan utara ialah bintang magnitud kedua, sementara bintang di sebelah barat bertahap magnitud ketiga. Lihat Magnitud. | UMUM | |
AMERIKA | Amerika ialah dataran besar di Hemisfera Selatan. Amerika terdiri daripada Amerika Utara dan Amerika Selatan. Tanah besar Amerika ialah dataran yang terpanjang di bumi, dari utara ke selatan. Jarak yang paling jauh dari utara ke selatan pula ialah 14 000 kilometer, dari Semenanjung Boothia di Kanada hingga ke Cape Froward di Chile. Titik paling hujung ke barat benua tersebut terletak di Semenanjung Seward di pantai barat Alaska. Bahagian timur laut Brazil ialah titik paling hujung ke timur. Amerika juga meliputi banyak pulau yang terletak di utara, selatan, timur, dan barat benua tersebut. Amerika Utara dan Amerika Selatan dihubungkan oleh satu jambatan darat yang paling sempit di Segenting Panama. | UMUM | Umum |
AUSTRALIA SELATAN | Australia Selatan ialah negeri yang ketiga terbesar di Australia. Negeri ini terletak di tengah pantai selatan dan meliputi se perlapan daripada seluruh kawasan Australia garis pantainya melebihi 3700 kilometer. | UMUM | |
AFRIKA SELATAN, PETEMPATAN (TANAH AIR) | Afrika Selatan, Petempatan (tanah air) merupakan kawasan yang dikhaskan oleh kerajaan Afrika Selatan dahulu untuk dijadikan perkampungan bagi sesetengah kumpulan penduduknya. | UMUM | |