Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.lem.pang] | سلمڤڠ

Definisi : (selémpang) sesuatu yg diselen­dangkan dr bahu menyilang dada (sbg tanda pangkat dll): kain cindai berambu kuning, ~ kain Bugis Kembayat; berselempang memakai selempang; berselempangkan memakai sesuatu sbg selempang: petang itu dia berbaju Melayu, berkopiah putih, dan ~ kain serban di bahu; menyelempangkan mengenakan sesuatu dr bahu menyilang dada, mengenakan selem­pang: memakai baju Melayu dan seluar warna hitam serta berdestar, dan kainnya diselempangkan di bahunya; terselempang tersandang di bahu dan me­nyilang dada: senapang yg ~ di belakangnya tadi, sekarang dipegangnya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.lem.pang] | سلمڤڠ

Definisi : Jk khuatir, cemas, bimbang, gelisah; menyelempangkan mengkhuatir­kan, mem­-bim­bangkan, mencemaskan, menggeli­sahkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.lem.pang] | سلمڤڠ

Definisi : ark; terselempang jatuh ter­kangkang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.lem.pang] | سلمڤڠ

Definisi : /selémpang/ sesuatu yg diselendangkan menyilang dr bahu hingga ke pinggang sbg tanda pangkat dll. menyelempangkan memakai sesuatu menyilang dr bahu hingga ke pinggang; mengenakan selempang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
selempang (kata kerja)
Bersinonim dengan jatuh terkangkang, rebah, tumbang, tergolek, kejengkang, terjerangkang, terjelepak, terjerongkang.,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SELEMPANG MERAH

SELEMPANG MERAH, kumpulan bersenjata orang Melayu di Batu Pahat, Johor.  Kumpulan ini juga dikenal sebagai Tentera Sabil Selempang Merah dan ditubuhkan selepas tentera Jepun menyerah kalah pada bulan Ogos 1945.  Kumpulan ini ditubuhkan oleh Haji Salleh bin Abd. Karim yang lebih dikenali di kalangan pengikutnya sebagai Panglima Salleh atau Kiai Salleh.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi
PANGLIMA SALLEH SELEMPANG MERAH

PANGLIMA SALLEH SELEMPANG MERAH, novel sejarah karya Zaharah Nawawi. Novel ini merupakan hasil projek 'Dermacipta Dewan' dan diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1988.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIPenerbitan

Kembali ke atas