Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sé.lé.nium] | سيلينيوم

Definisi : (sélénium) (Kim) sj unsur bukan logam yg berbentuk serbuk merah, dan di-gunakan utk membuat peranti elektronik, pewarna kaca, dll. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sé.lé.nium] | سيلينيوم

Definisi : /sélénium/ ist unsur bukan logam yg berbentuk serbuk merah atau hablur berwarna kelabu, yg digunakan utk membuat peranti elektronik (spt kamera dan televisyen), pewarna kaca, dll. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata selenium


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SELENIUM

Selenium ialah unsur kimia separa logam. Secara

semula jadi ia paling kerap wujud berpadu dengan

logam seperti kuprum, plumbum, dan perak. Ahli

kimia Sweden, Jons Berzelius pertama kali

mengasingkan selenium pada tahun 1817. Manusia

dan haiwan-haiwan lain memerlukan sejumlah

kecil selenium dalam diet mereka. Unsur ini

membantu badan menukarkan lemak dan protein

menjadi tenaga. Makanan yang membekalkan

selenium termasuk daging dan ikan.

UMUM 
SEMIKONDUKTOR

Semikonduktor ialah bahan yang mengalirkan

elektrik lebih baik daripada penebat seperti kaca,

akan tetapi tidak sebaik konduktor elektrik seperti

tembaga. Bahan seumpama itu menghasilkan

komputer yang moden dan peranti elektronik lain

yang penting. Transistor yang digunakan dalam

radio saku yang kecil ialah peranti semikonduktor.

Begitu juga sel suria yang membekalkan kuasa

elektrik pada satelit tiruan. Silikon ialah bahan

semikonduktor yang paling meluas digunakan.

Bahan semikonduktor lain termasuk kuprus oksida,

germanium, galium arsenida, galium fosfida, indium

arsenida, plumbum sulfida, selenium, dan silikon

karbida.

UMUM 

Kembali ke atas