Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.le.pas.le.pas] | سلڤس-لڤس

Definisi : sehabis-habis (jauh, kuat, dll), sejauh-jauh, sekuat-kuat: ~ seluang melaut; ~ tupai melompat; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
lepas (adjektif)
1. Bersinonim dengan bebas: ucul, merdeka,
Berantonim dengan terikat

2. Bersinonim dengan lari: bebas, lucut, tanggal, lolos, londeh, lulus,

3. Bersinonim dengan lalu: lampau
Berantonim dengan sekarang

Kata Terbitan : selepas, selepas-lepas, berlepas, melepas, melepasi, melepaskan, terlepas, lepasan, kelepasan, pelepasan,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
MOHD. NOOR MOHAMED, DATUKMOHD.  NOOR MOHAMED, Datuk (1901-1990), guru dan pemimpin masyarakat. Dia lahir pada 20 Disember 1901 di Kampung Baru, Bayan Lepas, Pulau Pinang. Selepas lulus peperiksaan Senior Cambridge pada tahun 1918, Mohd. Nor bertugas sebagai guru pelatih di Penang Free School pada tahun 1919. Seterusnya dia bertugas di sekolah sama dari tahun 1923 hingga tahun 1949. Dia kemudian dilantik sebagai nazir sekolah Melayu di Pulau Pinang dan Seberang Perai hingga tahun 1952. Dia kembali bertugas di Penang Free School sebagai guru kanan mata pelajaran Bahasa Melayu sehingga bersara pada tahun 1961.SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
MOHD. DESA PACHI, DATO'

MOHD. DESA PACHI, Dato’ (1934-    ), ahli korporat, Ketua Eksekutif PNB pertama (1978). Dia lahir pada 28 April 1934 di Bayan Lepas, Pulau Pinang. Mohd. Desa memulakan pendidikan rendahnya di sekolah Melayu pada tahun 1941. Pengajiannya terbantut kerana Perang Dunia Kedua. Selepas perang, dia menyambung pelajarannya selama lebih kurang setahun. Dia kemudian belajar di Francis Light School , Pulau Pinang dari tahun 1947 hingga tahun 1949. Dari tahun 1950 hingga tahun 1953, dia menerima pendidikan menengah di Penang Free School dan mencipta sejarah apabila dia adalah satu-satunya pelajar Melayu yang lulus peperiksaan Senior Cambridge dengan gred satu bagi seluruh Pulau Pinang.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh

Kembali ke atas