Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : (sélok-bélok) 1. = selok jumbai ark perhubungan atau pertalian antara satu dgn lain (kekeluargaan dll), kaitan, sangkut-paut: antara saya dgn dia, tidak ada ~nya; 2. sesuatu yg ada hubungannya dgn yg lain, hal yg berkaitan dgn sesuatu: Johan mem-pelajari ~ berniaga; mereka sedang meng-huraikan sesuatu kepadanya tentang ~ pelayaran; 3. hal yg berselit-belit (berliku-liku): mereka tahu benar akan segala ~ kerja-kerja yg sedang dijalankan itu; berselok-belok 1. berkaitan (kekeluargaan dll), bersangkut paut; 2. ada hubungannya dgn, berkait-kait dgn, berbelit-belit dgn; 3. banyak kesulitannya, sukar, sulit. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : /sélok-bélok/ 1 pertalian atau hubungan antara satu dgn yg lain; sangkut paut: Tidak ada ~ lagi antara kami dgn mereka. 2 hal-hal yg berkaitan dgn sesuatu yg lain: Orang Melayu hendaklah mempelajari ~ perniagaan drpd orang Cina. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
selok
Kata Terbitan : selok-belok, berselok;berselok-belok,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
NIGHTINGALE, FLORENCE

Nightingale, Florence (1820–1910), pengasas

profesion kejururawatan seperti yang kita kenali hari

ini. Askar British yang cedera dalam Perang Krimea

menamainya “Wanita dengan Lampu” apabila

Florence berjalan dalam dewan hospital mereka pada

waktu malam. Lampu yang dibawanya membawa

makna menjaga orang sakit, mengambil berat

terhadap kebajikan askar biasa, dan kebebasan bagi

wanita untuk memilih kerjaya mereka. Florence

dinamakan “wanita keramat hidup”. Tetapi

kejayaannya juga adalah kerana kebolehannya

mengatur dan mentadbir selok-belok kerja hospital.

UMUM 
PANGLIMA

PANGLIMA, gelaran yang diberikan kepada tokoh yang mempunyai sifat kepahlawanan seperti berani, bijak dan tangkas bermain senjata.  Seorang panglima mestilah sudah mengetahui dan mempelajari segala selok belok ilmu hulubalang.  Dalam kehidupan sehari-hari masyarakat tradisi Melayu, gelaran panglima lazim diberikan kepada individu yang berlagak atau mempunyai sifat dan ilmu tersebut.  Kadangkala seorang panglima juga dilantik menjadi ketua daerah atau angkatan perang dan pertahanan diraja kerana kegagahan dan ketaatannya.  Walau bagaimanapun 'panglima' lebih merupakan gelaran dan bukan pangkat yang tetap seperti laksamana.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIJawatan/Gelaran

Kembali ke atas