Pakaian ialah semua jenis pakaian, dan perhiasan yang dipakai oleh orang di seluruh dunia. Seorang Eskimo mungkin sahaja memakai but, seluar panas dan kot tebal, seorang Afrika yang tinggal di sebuah kampung mungkin hanya memakai sehelai kain yang diikat sekeliling pinggang dan seorang jururawat berkemungkinan memakai pakaian seragam dan topi khas. Seorang kakitangan bank di London berkemungkinan memakai sut perniagaan dan topi berbentuk pembaling bola. Setiap orang memakai pakaian yang berlainan, kerana semuanya merasakan perlu memakai pakaian tertentu, sama seperti makanan dan tempat perlindungan, pakaian merupakan salah satu daripada keperluan manusia yang sangat penting. |