| TANAH PAYA ALLEN | Tanah paya Allen ialah kawasan seluas 970 kilometer persegi di tengah Ireland. Ia menjangkau dari kaunti Kildaire hingga sebahagian Laois, Offaly, dan Westmeath. Gambut yang digali dengan mesin dari rawa itu digunakan sebagai bahan api di stesen janakuasa tertentu. | UMUM | |
| PERGUNUNGAN ADIRONDACK | Pergunungan Adirondack adalah sekumpulan gunung yang melitupi kawasan seluas 30 000 kilometer persegi di barat laut negeri New York. Pergunungan Adirondack terletak di sebelah barat Pergunungan Appalachian. Ramai pelancong dan ahli sukan mengunjungi Pergunungan Adirondack untuk melihat hidupan liar dan menyaksikan pemandangan yang indah. Kawasan ini mempunyai kira-kira 100 puncak gunung dan hampir separuh daripadanya mencapai ketinggian melebihi 1200 meter. Gunung Marcy ialah puncak tertinggi di negeri New York. Ketinggiannya 1629 meter. Puncak Algonquin mencapai ketinggian 1558 meter. Tasik Champlain dan Tasik George adalah antara ratusan tasik yang terdapat di kawasan itu. Tasik Saranac dan Tasik Placid merupakan tempat percutian yang terkenal. | UMUM | |
| NINETY MILE DESERT | Ninety Mile Desert ialah nama kawasan batu kapur seluas 4050 hektar di bahagian tenggara Australia Selatan dan sebahagian daripada Victoria. Walaupun namanya adalah padang pasir, kawasan ini sebenarnya menerima hujan tahunan antara 430 milimeter hingga 560 milimeter, dengan bekalan air artois yang banyak dalam daerah Tintinara. | UMUM | |
| SAHARA | Sahara ialah gurun yang terbesar di dunia. Ia meliputi kawasan seluas 9 juta kilometer persegi. Pemandangan gurun Afrika yang luas ini termasuk banjaran gunung, penara berbatu-batan, dataran berkelikir, dan tanah tandus berpasir. Gurun yang gersang itu terpisah hanya oleh tanah penanaman sepanjang Sungai Nil dan di oasis yang bertaburan. | UMUM | |
| THESSALY | Thessaly ialah kawasan di bahagian utara Greek. Ia meliputi kawasan seluas 13 903 kilometer persegi dan jumlah penduduknya kira-kira 700 000 orang. Untuk lokasi lihat Greece (peta). Volos dan Larisa merupakan bandar terbesar di Thessaly. Tiga buah gunung di kawasan sempadan Thessaly, ialah Olympus , Pelion, dan Ossa, yang penting dalam sejarah dan legenda Yunani. | UMUM | |
| PULAU ELLESMERE | Pulau Ellesmere terletak di utara Greenland. Ia meliputi kawasan seluas 196 236 kilometer persegi dan pulau yang ke-10 besarnya di dunia. Ia mempunyai penduduk seramai 106 orang yang tinggal di beberapa petempatan. | UMUM | |
| SAXONY | Saxony ialah sebuah negeri di bahagian tengah timur Jerman. Ia meliputi kawasan seluas 18 300 kilometer persegi. | UMUM | |
| KARAKUM | Karakum ialah gurun luas yang meliputi sebahagian besar Turkmenistan. Karakum meliputi kawasan seluas 350 000 kilometer persegi. | UMUM | |
| NEW IRELAND | New Ireland ialah pulau kedua terbesar di Kepulauan Bismarck. Pulau ini meliputi kawasan seluas 8651 kilometer persegi di barat daya Lautan Pasifik (lihat Papua New Guinea [peta]). Pulau ini mempunyai 79 000 orang penduduk. Ia merupakan sebahagian daripada negara Papua New Guinea. New Ireland merupakan pulau gunung berapi yang panjangnya kira-kira 370 kilometer. Di bahagian tengahnya terletak Pergunungan Schleinitz, yang mempunyai ketinggian antara 610 meter hingga 1200 meter. | UMUM | |
| PULAU PINANG | Pulau Pinang (pend. 1 750 100), negeri yang terletak di sebelah utara Semenanjung Malaysia. Negeri ini terdiri daripada pulau yang dikenali sebagai Pulau Pinang yang meliputi kawasan seluas lebih kurang 285 kilometer persegi, dan sebidang tanah yang memanjang (terletak di tanah besar Semenanjung Malaysia) dikenali sebagai Seberang Perai, seluas 760 kilometer persegi. Kedua-dua kawasan ini terpisah oleh selat berukuran tiga kilometer hingga lapan kilometer lebar. | UMUM | |