BIDUK, sejenis perahu yang tidak besar, biasanya berukuran 4.2 m panjang, 0.75m lebar dan 0.38 m tinggi. Biduk dapat membawa antara dua hingga tiga orang penumpang sahaja. Biduk dikenal dengan pelbagai nama mengikut bentuk, ukuran dan tempat. Di Johor, Singapura dan Kepulauan Riau, biduk dikenal sebagai sampan dan sampan riau. Di pantai timur Semenanjung Malaysia, biduk dikenal sebagai mat rian dan perahu etok. Ada juga tempat yang memanggilnya sebagai belongkang, beranta, jampul, lopek, laca, ketiap, ludang atau seludang. Biduk digunakan oleh nelayan pantai di sungai atau laut.
Thanks for clicking. That felt good.