Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sé.lu.lo.sa] | سيلولوسا

Definisi : (sélulosa) (Bio) rangkaian unit glu-kosa yg terdapat pd dinding sel tumbuh-tumbuhan (digunakan dlm perusahaan kertas, rayon, getah tiruan, dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sé.lu.lo.sa] | سيلولوسا

Definisi : /sélulosa/ ist tisu yg terdapat pd dinding sel tumbuh-tumbuhan (digunakan utk membuat kertas, filem dll). ~ nitrat bahan mudah terbakar yg dibuat dgn mencampurkan selulosa dgn asid nitrat pekat, digunakan utk membuat bahan letupan dan seluloid. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
selulosa (kata nama,)
Bahasa Asal :Inggeris
Bersinonim dengan tisu, serat, akar, salur, urat, jalur.,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SELOFAN

Selofan ialah bahan sintetik yang nipis, fleksibel. Ia

dibuat daripada selulosa, iaitu bahan dalam dinding

sel tumbuhan. Kebanyakan selofan disaluti bahan

kimia khas untuk menjadikannya kalis udara dan

tahan lembapan. Bahan kimia ini juga menjadikan

selofan terkedap haba – iaitu ia membolehkan

selofan terkedap sendiri dan terkedap pada bahan-

bahan tertentu dengan menggunakan haba dan

tekanan.

UMUM 
SWAN, SIR JOSEPH WILSON

Swan, Sir Joseph Wilson (1828–1914) ialah

ahli kimia, jurutera elektrik dan pereka Inggeris

yang terkemuka. Pada tahun 1860, dia mencipta

lampu elektrik yang menggunakan filamen karbon

dalam mentol kaca kosong. Pada tahun 1883, dia

mempatenkan lampu yang menggunakan filamen

yang bertambah baik yang dibuat daripada

selulosa.

UMUM 
SAKARIDA

Sakarida ialah karbohidrat – satu daripada

tiga kelas utama makanan. Lemak dan protein

membentuk dua kelas yang lain. Sakarida

dikelaskan mengikut struktur kimianya.

Monosakarida, yang mempunyai struktur paling

ringkas, termasuk glukosa, iaitu gula yang

didapati dalam darah. Tidak seperti sakarida lain,

monosakarida tidak boleh terurai menjadi

karbohidrat yang lebih ringkas apabila dirawat

dengan asid cair atau melalui tindakan enzim

tertentu. Disakarida , seperti sukrosa (gula meja),

terdiri daripada dua molekul monosakarida yang

disambungkan dengan satu atom oksigen.

Polisakarida, seperti kanji dan selulosa, mungkin

terdiri daripada beribu-ribu monosakarida yang

bersambung. Untuk rajah molekul sakarida, lihat

Karbohidrat. Lihat juga Kanji.

UMUM 

Kembali ke atas