SEMAI | SEMAI, suku kaum Orang Asli yang terdapat di Perak, Pahang dan Selangor. Istilah Semai berasal daripada perkataan bahasa orang Temiar iaitu “seman’ yang bermaksud orang di bukit selatan. Terdapat dua kelompok orang Semai iaitu Semai Barat dan Semai Timur. Di barat, majoriti orang Semai mendiami rumah-rumah yang berasingan berasaskan konsep keluarga nuklear. Manakala di timur, orang Semai masih tinggal di rumah-rumah panjang dan mempunyai keluarga besar. | BUDAYA | Bangsa/Suku/Kaum |
ADAT PERKAHWINAN SEMAI | ADAT PERKAHWINAN SEMAI, adat perkahwinan yang diamalkan oleh masyarakat Semai di Semenanjung Malaysia. Adat perkahwinan Semai berbeza-beza antara satu kawasan dengan kawasan yang lain terutama dari segi perlaksanaannya. Namun begitu dari segi peraturan mereka berpegang kepada hukum yang sama. | BUDAYA | Konsep |
JULI EDO | JULI EDO, (1959 - ) ahli akademik daripada keturunan kaum Semai. Dia lahir pada 29 April 1959 di Kampung Cangkat Kereta, sebuah perkampungan Orang Asli yang terletak berhampiran Ladang Ulu Bernam, Hutan Melintang Perak. Bapa Juli bernama Edo a/l Ah Hei ialah anak jati Kampung Cangkat Kereta. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
SENOI | SENOI, kumpulan Orang Asli yang mendiami kawasan tengah Semenanjung Malaysia. Istilah Senoi berasal daripada perkataan Semai dan Temiar, ‘Sen-oi’ atau ‘seng-oi’ yang bermaksud orang atau manusia. Istilah ini kemudiannya digunakan oleh penyelidik dan pentadbir sebagai istilah rujukan bagi kumpulan Orang Asli yang menggunakan bahasa Austroasiatik dan mendiami kawasan tengah Semenanjung Malaysia, iaitu Perak, Pahang, Kelantan, Terengganu dan Selangor. Sebelum istilah Senoi diperkenalkan, pengkaji dan pentadbir menggunakan istilah Sakai. Namun, istilah ini tidak dipersetujui oleh masyarakat Orang Asli kerana membawa makna dan konotasi yang negatif seperti hamba abdi, tidak bertamadun, kotor dan seumpamanya. Istilah ini telah diketepikan dan digantikan dengan ‘senoi’ sebagai istilah rasmi. | BUDAYA | Bangsa/Suku/Kaum |