Mimosa ialah nama bagi sekumpulan pokok, pokok renek, dan herba yang mempunyai daun bak bulu pelepah. Mimosa tumbuh terutamanya di kawasan panas dan tropika. Pokoknya sama dengan akasia. Biji atau buahnya tumbuh dalam lenggai yang leper. Bunganya yang kecil berwarna putih, samar, lavender, atau ungu. Mimosa tumbuh di seluruh Asia, Afrika, Australia, Caribbean, Mexico, dan di beberapa bahagian Amerika Syarikat. Sesetengah Mimosa peka terhadap sentuhan. Daun tumbuhan peka terlipat apabila disentuh. Ini melindunginya daripada dimusnahkan oleh hujan lebat dan dapat mengelakkannya daripada dimakan oleh haiwan ragut. Pengelasan saintifik. Mimosa tergolong dalam famili kacang pis, Leguminosae. Ia membentuk genus Mimosa. Semalu ialah M. pudica. |