MIALGIK ENSEFALOMIELITIS (ME) | Mialgik ensefalomielitis (ME) juga dikenali sebagai sindrom lesu kronik ialah sejenis gangguan yang menimpa kebanyakan orang dewasa. Ia dicirikan oleh lesuan teruk yang boleh berlaku berulang kali dari semasa ke semasa ataupun terjadi berterusan untuk berbulan-bulan lamanya ataupun lebih. Semasa tempoh itu, pesakit biasanya kekurangan tenaga untuk menjalankan kebanyakan kegiatan harian yang ingin mereka lakukan. Tanda-tanda lazim lain termasuklah sakit dalam otot-otot dan sendi, sakit kepala, kecelaruan mental, kemurungan, resah dan rasa jengkel. Suatu diagnosis diperlukan bagi mencari gejala-gejala dan mengetepikan sebab-sebab lain yang mungkin menyebabkan keadaan itu. | UMUM | |
PANCUTAN AIR PANAS | Pancutan air panas ialah mata air yang memancutkan air panas dengan tekanan yang kuat dari semasa ke semasa. Air panas sering kali memancut dari lubang pancutan air panas dalam lajur yang besar. Pancutan air panas menarik ramai pelancong. | UMUM | |
DIET SEMASA BERSUKAN | Diet semasa bersukan ialah makanan dan minuman yang perlu diambil oleh seseorang semasa bersukan. Mereka yang mengambil bahagian dalam sukan mempunyai keperluan pemakanan yang khusus. | PEMAKANAN | Kaedah |
MIMPI | Mimpi ialah satu cerita yang ditonton oleh seseorang semasa tidur, atau cerita yang menjelma semasa tidur. Peristiwa dalam mimpi merupakan khayalan tetapi biasanya ada hubungan dengan peristiwa sebenar pemimpi. Khayalan itu seolah-olah benar pada orang yang bermimpi semasa perkara itu berlaku. Sesetengah mimpi menyeronokkan, ada juga meresahkan dan menyeramkan (lihat Mimpi buruk). | UMUM | |
DIET SEMASA LAKTASI | Diet semasa laktasi ialah makanan dan minuman yang perlu diambil oleh seseorang ibu selepas bersalin atau semasa dalam penyusuan. Laktasi merupakan perembesan susu daripada kelenjar susu. | PEMAKANAN | Kaedah |
TALLEYRAND | Talleyrand (1754–1838) ialah negarawan Perancis yang terkenal dengan pencapaian diplomatiknya semasa zaman pemerintahan Napoleon l dan semasa di Kongres Vienna. Nama penuhnya ialah Charles Maurice de Talleyrand-Périgord, Prince de Bénévent. Dia lahir di Paris. Semasa kecil dia ditimpa satu kemalangan yang menyebabkannya tempang. Dia mendapat pendidikan dalam aliran keagamaan. Dia menjadi paderi pada tahun 1775. Pada tahun 1789, Talleyrand dinamakan sebagai biskop Autun, iaitu jawatan yang tinggi dalam gereja. | UMUM | |
DIET SEMASA DAN SELEPAS SAKIT | Diet semasa dan selepas sakit ialah makanan dan minuman yang perlu diambil oleh orang yang berada dalam keadaan tidak sihat. | PEMAKANAN | Kaedah |
YARRA | Yarra ialah sekoci Australia yang diketuai oleh Leftenan Komander R.W. Rankin. Semasa mengiringi sebuah konvoi ke Australia, semasa Perang Dunia II (1939–1945), ia bertembung dengan tiga buah kruiser dan dua buah kapal pembinasa Jepun di selatan pulau Jawa pada 4 Mac 1942. | UMUM | |
PERCEVAL, SPENCER | Perceval, Spencer (1762–1812) ialah satu- satunya perdana menteri British yang dibunuh semasa memegang jawatan. Pada 11 Mei 1812, ketika sedang memasuki lobi Dewan Rakyat, dia ditembak oleh John Bellingham. Semasa dibicarakan, Bellingham merayu dengan mengatakan bahawa dia tidak siuman ketika membunuh Perceval. Tetapi dia didapati bersalah dan digantung sampai mati pada 18 Mei. Perceval menjadi perdana menteri selama tiga tahun semasa Perang Napoleon. | UMUM | |
SIMPSON DAN KELDAINYA | Simpson dan keldainya menjadi terkenal kerana membantu tentera Berikat yang cedera semasa pendaratan angkatan Anzac di Gallipoli semasa Perang Dunia I (1914–1918). | UMUM | |