Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PANCUTAN AIR PANAS

Pancutan air panas ialah mata air yang

memancutkan air panas dengan tekanan yang kuat

dari semasa ke semasa. Air panas sering kali

memancut dari lubang pancutan air panas dalam

lajur yang besar. Pancutan air panas menarik ramai

pelancong.

UMUM 
MIALGIK ENSEFALOMIELITIS (ME)

Mialgik ensefalomielitis (ME) juga dikenali

sebagai sindrom lesu kronik ialah sejenis

gangguan yang menimpa kebanyakan orang

dewasa. Ia dicirikan oleh lesuan teruk yang boleh

berlaku berulang kali dari semasa ke semasa

ataupun terjadi berterusan untuk berbulan-bulan

lamanya ataupun lebih. Semasa tempoh itu, pesakit

biasanya kekurangan tenaga untuk menjalankan

kebanyakan kegiatan harian yang ingin mereka

lakukan. Tanda-tanda lazim lain termasuklah sakit

dalam otot-otot dan sendi, sakit kepala, kecelaruan

mental, kemurungan, resah dan rasa jengkel. Suatu

diagnosis diperlukan bagi mencari gejala-gejala

dan mengetepikan sebab-sebab lain yang mungkin

menyebabkan keadaan itu.

UMUM 
ADAT PERTABALAN SULTAN KELANTAN

ADAT PERTABALAN SULTAN KELANTAN, upacara menabalkan Sultan Kelantan yang baharu untuk menggantikan sultan yang mangkat. Adat pertabalan Sultan Kelantan yang diamal hingga sekarang bermula semenjak zaman pemerintahan Sultan Long Yunus (m.m. 1763-1798). Walau bagaimanapun, adat istiadat pertabalan ini berubah dari semasa ke semasa, terpulang kepada pihak istana.

           

BUDAYAKonsep
TUK LUKUSTUK LUKUS, orang yang dianggap berwibawa, dihormati dan berpengaruh dalam masyarakat Iranun.  Perkataan ‘lukus’ bererti tua atau sudah tua.  Oleh itu telah menjadi satu tradisi dalam budaya Iranun, untuk menjadikan orang tua tempat mengadu dan menyelesai masalah yang timbul dari semasa ke semasa dalam masyarakat.  Biasanya, masalah yang dirujuk kepada tuk lukus untuk penyelesaian adalah yang berkaitan dengan hukum adat, jenayah, pertengkaran suami isteri, pembahagian harta pusaka dan harta sepencarian dan sebagainya.SEJARAH DAN ARKEOLOGIJawatan/Gelaran
KITARAN PERNIAGAAN

Kitaran perniagaan ialah pola aktiviti

perniagaan bagi ekonomi sesebuah negara.

Aktiviti ini meningkat atau menurun dari semasa ke

semasa.

UMUM 
YARRA

Yarra ialah sekoci Australia yang diketuai oleh

Leftenan Komander R.W. Rankin. Semasa

mengiringi sebuah konvoi ke Australia, semasa

Perang Dunia II (1939–1945), ia bertembung dengan

tiga buah kruiser dan dua buah kapal pembinasa

Jepun di selatan pulau Jawa pada 4 Mac 1942.

UMUM 
SIROCCO

Sirocco ialah nama Itali bagi angin panas yang

bertiup ke arah utara dari Gurun Sahara atau

Gurun Arab yang panas dan kering. Tiupan angin

ini kerap berlaku semasa musim bunga di negara

Eropah, di bahagian utara Laut Mediterranean.

Angin sirocco mungkin membawa bersamanya

lembapan semasa melintasi Laut Mediterranean

dan tiba di pantai Eropah sebagai angin yang panas

dan lembap. Semasa bertiup ke arah utara, angin

ini menghasilkan kabus dan hujan. Kadangkala

angin ini membawa bersamanya debu gurun.

Apabila angin sirocco yang kering bertiup, butir

pasir yang halus menjadikan langit gelap. Angin

ini menyebabkan selaran matahari pada kulit dan

mengeringkan tekak. Istilah sirocco kadangkala

digunakan untuk merujuk kepada apa-apa angin

panas yang tidak bermusim yang bertiup dari

selatan di kawasan Mediterranean.

UMUM 
DARI AVE MARIA KE JALAN LAIN KE ROMA

DARI AVE MARIA KE JALAN LAIN KE ROMA, kumpulan cerpen, sketsa dan drama Idrus, setebal 168 halaman diterbitkan pada tahun 1948 oleh Balai Pustaka, Indonesia dan pernah diulang cetak sebanyak lima kali. Cetakan kelima, iaitu pada tahun 1975 diberi kata pendahuluan oleh H.B. Jassin. Karya ini terbahagi kepada tiga bahagian. Bahagian pertama, “Zaman Jepun” adalah hasil tulisan Idrus pada waktu awal kedatangan Jepun ke Indonesia. Bahagian kedua “Corat-coret di Bawah Tanah” ditulis semasa pendudukan Jepun di Indonesia. Bahagian ketiga mengandungi “Kisah Sebuah Celana Pendek” dan “Surabaya dan Jalan Lain ke Roma”, dihasilkan sesudah 17 Ogos 1945, iaitu setelah Jepun menyerah kalah dan ketika api revolusi menuntut kemerdekaan sedang marak.

 

SASTERAKarya
OLAV V

Olav V (1903–1991) menjadi raja Norway pada

tahun 1957 apabila ayahandanya, Raja Haakon VII,

mangkat. Olav lahir di England, dan pergi ke

Norway semasa berusia dua tahun. Baginda

memasuki Norwegian War College dan Oxford

University. Baginda sering berkhidmat sebagai

pemangku raja semasa ayahanda baginda gering.

Olav merupakan ketua tentera pertahanan Norway

dalam Perang Dunia II (1939–1945). Permaisurinya,

Puteri Martha dari Sweden, mangkat pada tahun

1954.

UMUM 
TASIK GEORGE

Tasik George, terletak di New South Wales,

Australia iaitu 32 kilometer di timur laut Canberra.

Tasik ini terletak kira-kira 600 meter di atas aras laut.

Apabila tasik tersebut dipenuhi air, panjangnya kira-kira

25 kilometer dan lebarnya 10 kilometer dan

meliputi suatu kawasan yang seluas 96 kilometer

persegi. Tasik tersebut menjadi kering dari semasa

ke semasa. Ketika paras hujan tinggi dan penyejatan

rendah, Tasik George dipenuhi ikan dan boleh

digunakan untuk perlumbaan bot. Pada ketika lain,

tebingnya merupakan dataran berumput yang boleh

dibajak untuk bercucuk tanam. Untuk lokasinya, lihat

New South Wales (peta).

UMUM 
12345678910...

Kembali ke atas