Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sem.bu.nyi.sem.bu.nyi] | ٢ سمبوڽي

Definisi : dgn tidak diketahui orang, (secara) diam-diam, (secara) senyap-senyap: dia masuk pertandingan nyanyian secara ~ kerana tidak direstui oleh keluarganya; dgn ~ dgn diam-diam: mereka meninggalkan tempat itu dgn ~; ~ puyuh prb a) menutup perbuatan jahat yg telah diketahui ramai; b) tidak mahu tahu akan perkara yg benar-benar berlaku; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sem.bu.nyi.sem.bu.nyi] | ٢ سمبوڽي

Definisi : se­­cara tidak dpt dilihat atau tidak di­ketahui orang: Dia membuat kerja itu ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sembunyi-sembunyi

Peribahasa

Sembunyi-sembunyi puyuh.

Bermaksud :

Berpura-pura tidak mahu tahu akan perkara-perkara yang benar-benar akan terjadi; mencuba menutup-nutup perbuatan jahat yang sudah diketahui orang.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SAMALINDANG

SAMALINDANG, tarian suku kaum Brunei yang menetap di Sabah.  Nama tarian ini diambil daripada dua perkataan iaitu ‘samar’ dan ‘rindang’.  Perkataan ‘samar’ bermaksud kurang jelas, kabur dan tersembunyi.  Manakala ‘rindang’ pula membawa maksud rindu.  Dengan itu wujudlah perkataan samalindang iaitu rindu yang terpendam atau rindu secara sembunyi-sembunyi.  Perkataan samalindang sebenarnya wujud daripada perkara samarlindang.

BUDAYADrama/Filem/Teater/Persembahan

Kembali ke atas