Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : penduduk asli Semenanjung Malaysia drpd suku kaum Melayu-Proto yg tinggal di Pahang Tengah (Tasik Bera, Sungai Teriang, Paya Besar dan Paya Badak) dan sempadan Pahang menghala ke Negeri Sembilan (Sungai Lui dan Ulu Muar). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata semelai


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
ADAT PERKAHWINAN SEMELAI

ADAT PERKAHWINAN SEMELAI, adat perkahwinan yang diamalkan oleh masyarakat Semelai di Semenanjung Malaysia. Mereka sangat menggalakkan bentuk perkahwinan endogami iaitu perkahwinan antara ahli dalam satu kelompok atau kampung tetapi bukan di kalangan ahli keluarga atau saudara terdekat.

           

BUDAYAKonsep
SEMELAI

SEMELAI, suku kaum Orang Asli daripada rumpun bangsa Melayu-Proto.  Masyarakat ini terdapat di bahagian selatan negeri Pahang dan utara Negeri Sembilan. Orang Semelai merupakan suku kaum yang ketiga besar dalam rumpun Melayu-Proto selepas Temuan dan Jakun.  Kedatangan orang Semelai ke negara ini tidak dapat dipastikan dengan tepat. Ramai orang Semelai percaya bahawa nenek moyang mereka berasal dari Sumatera.

BUDAYABangsa/Suku/Kaum

Kembali ke atas