Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. sebenarnya, sesungguh­nya: kami ~ berharap utk sehidup semati; 2. sepatutnya, sewajarnya: ia ~ harus bersuka ria dlm keadaan serupa itu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : sesungguhnya; sebenarnya: Budak itu ~ nakal. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
memang (kata tugas)
Bersinonim dengan sungguh, sungguh-sungguh, benar-benar, betul-betul, tentu sekali, tentu, pasti, cengki, cengli;,
Kata Terbitan : sememangnya,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SWAHILI

Swahili ialah nama yang diberi kepada orang

Islam Afrika yang berasal daripada keturunan

kacukan Bantu dan Arab. Perkataan Swahili

bermakna orang pantai dan sememangnya orang

Swahili tinggal di kawasan pantai timur Afrika, dari

Somalia hingga ke Mozambique. Bahasa Swahili

digunakan di seluruh kawasan Afrika Timur untuk

perniagaan dan komunikasi di kalangan pelbagai

puak. Malah ia merupakan bahasa rasmi Kenya dan

Tanzania.

UMUM 
ROKIAH WANDA

ROKIAH WANDA, (1926-1994), pelakon dan penyanyi. Dia lahir di Jalan Abdul Rahman, Muar, Johor. Nama sebenarnya ialah Fatimah binti Ali. ‘Wanda’ adalah nama timangan bagi suami keduanya, Syed Muhammad Murtadha. Dia menceburi bidang seni melalui pentas bangsawan ketika berusia 18 tahun. Kumpulan bangsawan yang pertama disertainya ialah Laila Sinaran Bulan. Kumpulan ini dipimpin oleh Encik Hanafi, yang kemudian menjadi suaminya. Melalui kumpulan bangsawan, dia dapat mengasah bakatnya dalam bidang nyanyian yang sememangnya diminatinya semenjak kecil. Bersama-sama kumpulan Laila Sinaran Bulan, dia menjelajah ke Singapura, Kelang, Melaka dan beberapa negeri lain di Semenanjung Malaysia. Selain Laila Sinaran Bulan, Rokiah Wanda juga mengikuti kumpulan bangsawan Seri City Opera of Malacca, di Melaka, dan Seri Rani Opera, di Singapura.

           

BUDAYATokoh
KAMUS BAHASA MELAYU-EROPAH PERTAMA

KAMUS BAHASA MELAYU-EROPAH PERTAMA, kamus yang disusun oleh Antonio Pigafetta, bangsawan Itali yang menyertai rombongan perdagangan Sepanyol di bawah pimpinan Fernando Magalhães. Setelah belayar selama tujuh belas bulan melewati Lautan Atlantik, Amerika Selatan dan Lautan Pasifik, rombongan  Sepanyol itu berlabuh di Nusantara di Pulau Samar, Filipina) pada bulan Mac 1521. Sememangnya pada zaman itu bahasa Melayu sudah pun berfungsi sebagai bahasa pengantara se-Nusantara termasuk hujung Filipina Timur. Hal ini dapat diketahui apabila hamba peribadi Magalhães, seorang Sumatera yang mengikuti pelayaran Sepanyol itu, dapat berkomunikasi dengan penduduk tempatan. Selama sembilan bulan rombongan Sepanyol itu mengunjungi beberapa buah bandar dan pulau di Filipina, Brunei dan Maluku, dan ke mana sahaja mereka belayar bahasa Melayu dituturkan.

BAHASAPenerbitan
NABI ISMAIL A.S.

Nabi Ismail a.s. ialah seorang nabi dan rasul,

anak kepada Nabi Ibrahim a.s. dan ibu baginda Hajar

berasal dari Mesir. Sarah, isteri pertama Nabi

Ibrahim a.s. tidak dapat melahirkan zuriat pada

waktu itu dan telah dihadiahkan seorang hamba

perempuan oleh Raja Mesir untuk berkhidmat

kepadanya. Dengan alasan tidak dapat melahirkan

anak, Sarah telah memberikan hamba tersebut iaitu

Hajar, kepada suaminya Nabi Ibrahim a.s. dengan

harapan dapat melahirkan seorang anak yang dapat

menggembirakan mereka. Akhirnya mereka

dikurniakan seorang anak dengan kelahiran Nabi

Ismail a.s. Setelah itu, perasaan cemburu mula

timbul di hati Sarah lalu dia merayu suaminya

membawa anak tersebut bersama-sama ibunya ke

suatu tempat yang jauh daripada pandangan

matanya. Hikmah Allah SWT sememangnya

menghendaki perkara tersebut berlaku, lalu Nabi

Ibrahim a.s. memperkenankan permintaan isterinya.

Allah SWT mewahyukan kepada Nabi Ibrahim a.s.

untuk membawa Nabi Ismail a.s. bersama-sama

ibunya dan menempatkan kedua-duanya di suatu

wadi yang tidak ditumbuhi sebarang tumbuhan. Ini

merupakan satu ujian kepada Nabi Ibrahim a.s., iaitu

perpisahan dengan anaknya yang sangat dicintai.

UMUM 
SPODE CHINA

Spode China ialah sejenis porselin buatan

Inggeris yang popular. Ia mula dikeluarkan buat

pertama kalinya dalam sebuah kilang yang

ditubuhkan pada tahun 1770 oleh Josiah Spode

(1733–1797) yang terletak berdekatan dengan

Stoke-on-Trent di Staffordshire. Spode juga diberi

penghargaan sebagai orang yang mencipta bone

china. Menjelang tahun 1796, dia mengeluarkan

sejenis porselin yang sesuai untuk membuat

pinggan mangkuk yang dapat digunakan dalam

majlis makan malam yang dinamakan English

china, yang dianggap sebagai bone china yang

pertama yang pernah dibuat. Anak lelaki Spode,

Josiah (1754–1827), telah mencapai kejayaan dalam

pemasaran bone china menjelang lebih kurang

pada tahun 1799. Bagi mencipta bone china, abu

tulang dicampurkan dengan suatu pes yang keras.

Tanah liat yang sememangnya sudah menjadi

bahan-bahan tradisi yang digunakan dalam

pembuatan porselin. Bone china mempunyai rupa

yang lut cahaya, berwarna putih susu bak gading

dan tidak mudah terserpih.

UMUM 
BUKHARI AL-JAUHARI

BUKHARI AL-JAUHARI (  ? - ?  ), tokoh kesusasteraan Melayu klasik.  Namanya dikatakan mempunyai maksud Bukhari dari Johor.  Walau bagaimanapun pernah timbul percanggahan pendapat tentang namanya yang boleh juga membawa erti ‘Bukhari Saudagar Permata’ kerana perkataan Bukhari merujuk kepada seorang yang pakar tentang batu-batu permata.  Dari sudut perlambangan, nama Bukhari al-Jauhari mungkin mengandungi maksud bahawa sebagai seorang pengarang (Bukhari), dia mempunyai pengetahuan (permata) yang mendalam tentang apa yang diperkatakannya dalam karyanya.  Kekeliruan tentang nama ini timbul kerana perkataan ‘jauhar’ bermakna permata tetapi mengikut Rouffiaer (seorang sarjana Belanda), sememangnya nama negeri Johor berasal daripada kata jauhar yang bermakna permata.

SASTERATokoh
NABI YUSUF A.S.

Nabi Yusuf a.s. Nama penuh baginda ialah Yusuf

ibn Ya‘kub ibn Ishaq ibn Ibrahim a.s. Baginda

merupakan salah seorang daripada nabi-nabi Allah

SWT. Nabi Ya‘kub a.s. mempunyai 12 orang anak

lelaki. Nabi Yusuf a.s. merupakan seorang anak yang

kacak rupa parasnya, dan menyebabkan baginda

lebih disayangi oleh Nabi Ya‘kub. Ini telah

menyebabkan saudara-saudara baginda yang lain

berasa cemburu dan memberi kesusahan kepada

baginda. Namun begitu, kesusahan itu telah menjadi

satu kebaikan dan keberkatan kepada baginda,

negeri Mesir dan umat manusia di persekitarannya.

Pada suatu hari, ketika Nabi Yusuf masih kecil,

sebagaimana yang diceritakan dalam al-Qur'an

al-Karim, Nabi Yusuf a.s. bermimpi melihat 11 bintang,

matahari dan bulan sujud kepada baginda. Lalu,

baginda pergi menemui bapanya Nabi Ya‘kub a.s.

untuk menceritakan mimpinya itu. Nabi Ya‘kub a.s.

meminta anaknya supaya tidak menceritakan mimpi

tersebut kepada saudara-saudaranya yang lain

kerana bimbang mereka akan memperdayakannya.

Saudara-saudara baginda yang lain sememangnya

amat cemburu dengan kasih sayang yang

berlebihan yang diberikan oleh bapa mereka

kepada Nabi Yusuf. Oleh itu, mereka merancang

untuk melakukan kejahatan terhadap baginda.

Mereka sentiasa menunggu peluang untuk

melakukan sesuatu yang akan menghilangkan kasih

sayang bapa mereka kepada Nabi Yusuf a.s.

UMUM 
DIALEK MELAYU BERAUDIALEK MELAYU BERAU, dialek yang dituturkan oleh lebih kurang 40 000 orang di Propinsi Kalimantan Timur, Indonesia. Dialek ini belum pernah diselidiki dengan wajar seperti kebanyakan dialek Melayu di Pulau Borneo. Maklumat dialek itu sangat penting untuk rekonstruksi bahasa Melayu purba serta untuk memahami jaringan dialek Melayu di Pulau Borneo. Seperti dalam beberapa dialek di Pulau Borneo, dalam dialek Melayu Berau (DMB) hanya terdapat tiga fonem vokal, iaitu i, a, u. Hal ini disebabkan rentensi vokal tinggi pada semua posisi. Jadi o dan e tidak wujud dalam DMB; lihat, umpamanya, ‘orang’ dan ‘olak’ tetap urang dan ulak serta ‘lebar’ dan ‘sentak’ tetap libar dan sintak. Namun, selain rentensi itu, sudah terjadi inovasi pula. Dalam DMB, bunyi purba * disatukan dengan *a; ertinya * (pepet) dan *a tidak dibezakan. Maka, melalui retensi terdapat hanya dua vokal tinggi (*i dan *u) serta melalui inovasi * hilang. Fonologi DMB sememangnya hanya berisikan tiga vokal.BAHASABahasa

Kembali ke atas