Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sé.mi.na.ris] | سيمينري

Definisi : (séminari) maktab (sekolah latihan) utk melatih bakal paderi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata seminari


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SEMINARI

Seminari ialah kolej untuk melatih bakal paderi

dan pemimpin gereja dan lain-lain pertubuhan

keagamaan. Ia juga dikenali sebagai kolej teologi

atau sekolah deviniti, dan merupakan sebuah

institutsi peringkat ijazah. Pelajar seminari pada

amnya mempelajari doktrin, sejarah, falsafah dan

tulisan kitab suci mengenai agama mereka. Ramai

juga yang mempelajari mata pelajaran amali,

seperti psikologi pastoral, pendidikan agama,

ibadat dan berdakwah. Seminari di beberapa

negara biasanya menawarkan ijazah lanjutan,

seperti Ijazah Sarjana dan Kedoktoran. Sesetengah

kumpulan keagamaan pula menganugerahkan

diploma, lesen atau sijil bagi menggantikan ijazah.

UMUM 
GORYS KERAF

GORYS KERAF, (1936 -        ), ahli bahasa Indonesia. Dia lahir pada 17 November 1936 di Lamalera/Lembata, Nusa Tenggara Timur, Indonesia. Dia mendapat pendidikan awal di Sekolah Menengah Pertama (SMP) Seminari Hokeng pada tahun 1954 dan Sekolah Menengah Atas (SMA) Syuradikara Ende pada tahun 1958. Keraf melanjutkan pengajiannya di Fakultas Sastra, Universitas Indonesia, Jakarta pada tahun 1959 hingga memperoleh Ijazah Sarjana Sastera jurusan Bahasa Indonesia dengan pengkhususan dalam bidang linguistik pada tahun 1964.

BAHASATokoh

Kembali ke atas