Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sem.pat] | سمڤت

Definisi : masih ada peluang (waktu, masa) utk..., dan (bp): saya cuba lari tetapi tak ~, saya hanya dapat berundur ke belakang; menyempat menantikan peluang (waktu yg baik); tak ~ tidak mahu menunggu-nunggu (bertangguh) lagi; menyempati mendapat peluang (waktu) utk; menyempatkan mengadakan peluang utk, meluangkan waktu utk; kesempatan peluang utk, waktu yg terluang utk: Rejab mengambil ~ itu utk melarikan diri; hal ini tidak memberikan ~ kepadanya utk membalas; pd ~ lain , kerajaan Amerika menunjukkan kuasa kekerasan dan campur tangannya secara tentera; berkesempatan ada kesempatan (peluang) utk: kadangkala apabila ~, dia pulang men-jenguk ibunya di kampung. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sem.pat] | سمڤت

Definisi : ada masa atau ada peluang utk…; dan: Kalau ~, saya akan ke sana malam ini. kesempatan waktu yg la­pang; peluang: Inilah ~ yg baik utk kita bersuka-suka. berkesempatan ada atau mendapat kesempatan; ber­pe­luang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sempat (adjektif)
Bersinonim dengan ada peluang, sampang, kober, masih ada masa;,
Kata Terbitan : menyempat, menyempatkan, kesempatan, berkesempatan,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
MAHLER, GUSTAV

Mahler, Gustav (1860–1911) ialah penggubah

zaman romantik kelahiran Bohemia. Dia berhasil

menyiapkan sembilan buah simfoni tetapi

meninggal dunia sebelum sempat menyiapkan

yang kesepuluh. Dia juga menggubah banyak lagu

yang diiringi oleh persembahan orkestra.

UMUM 
NUFAYR IBN MALIK

Nufayr ibn Malik (?–80 H./?–699 M.) ulama

hadith. Nama sebenarnya ialah al-Imam al-Kabir

Nufayr ibn Malik ibn Amir Abu Abd al-Rahman al-

Hadramiy al-Himsiy. Dia sempat mengenali

Rasulullah s.a.w. dan mengunjungi Baginda seperti

yang disebut oleh Ibn al-Athir. Dia meriwayatkan

hadith daripada Abu Bakar (dipercayai

kemungkinan dia pernah berjumpa dengan Abu

Bakar), ‘Umar, al-Miqdad, Abu Dhar, Abu Darda,

Aishah dan sahabat-sahabat lain. Hadith-hadith

Nufayr ibn Malik diriwayatkan pula oleh anaknya

Abd al-Rahman, Makhul, Khalid ibn Mi dan

beberapa orang lagi. Dia tergolong dalam kalangan

ulama hadith yang pakar. Hadithnya terdapat dalam

semua kitab hadith kecuali kitab Sahih al-Bukhariy .

Ini adalah kerana Nufayr ibn Malik meriwayatkan

hadith daripada sahabat-sahabat tanpa berjumpa

dengan mereka, sedangkan al-Bukhariy tidak

menerima sesuatu hadith kecuali guru yang

meriwayatkan hadith berjumpa sendiri dengan

perawinya. Nufayar ibn Malik dikatakan meninggal

dunia pada tahun 75 H.

UMUM 
AWS IBN HAJAR

Aws ibn Hajar ( ? –2 S.H. / ? –620 M.), salah

seorang tokoh penyair zaman Jahiliah. Nama

penuhnya ialah Aws ibn Hajar ibn ‘Itab al-Tamimi.

Umurnya sangat panjang namun sesetengah

pengkritik sastera mengatakan dia tidak sempat

hidup hingga ke zaman Islam. Walau bagaimanapun

terdapat pendapat yang mengatakan tarikh

kematiannya ialah pada awal kelahiran Islam.

Walaupun Ibn Sallam menganggapnya daripada

kalangan para penyair Jahiliah kelas dua, tetapi

akhirnya dia mengatakan, “Aws adalah setaraf

dengan empat orang penyair sebelumnya – iaitu

pada tahap pertama – tetapi kami telah mengehadkan

tahap pertama tersebut untuk empat orang sahaja”.

UMUM 
MADHAJIY, AMRU IBN MAYMUN AL-

Madhajiy, Amru ibn Maymun al-, ( ?–74 H./ ?–

694 M.) tokoh agama. Nama sebenarnya ialah ‘Amru

ibn Maymun (meninggal dunia pada tahun 74 H./

694 M.). Nama penuhnya ialah ‘Amru ibn Maymun,

Abu ‘Abdullah al-Awdiy al-Madhajiy. Dia sempat

hidup pada zaman Jahiliah dan memeluk Islam

pada zaman Nabi (SAW).

UMUM 
OBREGÓN, ÁLVARO

Obregón, Álvaro (1880–1928) ialah askar,

negarawan, dan peladang ternakan Mexico yang

menggantikan Venustiano Carranza sebagai

presiden Mexico, pada tahun 1920 (lihat Carranza,

Venustiano ). Obregon adalah salah seorang

pemimpin Revolusi Mexico yang paling

berkebolehan. Dia dipilih semula menjadi presiden

pada tahun 1928, tetapi dibunuh sebelum sempat

menjawat jawatan itu.

UMUM 
ROSIAH CHIK

ROSIAH CHIK (1935-     ), penyanyi lagu Melayu asli. Dia lahir di Tanjung Sedili, Kota Tinggi, Johor dan dibesarkan di Johor Baru. Nama sebenarnya ialah Rosiah binti Abdul Manap. Dia mendapat pendidikan hingga Darjah Tiga di Sekolah Rendah Kebangsaan Ngee Heng, Johor Bahru. Dia tidak sempat melanjutkan pelajarannya di Sultan Ibrahim Girls School kerana meletusnya Perang Dunia Kedua.

BUDAYATokoh
JAMAL UL-KIRAM II

JAMAL UL-KIRAM II, (1868-1936, Sultan Sulu yang ke-32.  dia lahir di Filipina.  Jamal ul-Kiram II, mengikut salasilah Kesultanan Sulu yang disusun oleh Majul merupakan Sultan Sulu yang ke-32.  dia juga bolehlah dianggap sebagai Sultan Sulu yang terakhir.  Dia sempat menyaksikan tiga zaman yang berbeza dalam sejarah Sulu khasnya dan sejarah Filipina amnya.  Dia menjadi sultan pada saat penjajahan Sepanyol hingga   ke saat-saat akhir sebelum diganti oleh penjajahan Amerika.  Apabila dia meninggal dunia pada tahun 1936, Filipina sudah berada diambang kemerdekaan dengan terbentuknya kerajaan Komanwel Filipina pada tahun tersebut.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
AUCHINLECK, SIR CLAUDE JOHN EYRE

Auchinleck, Sir Claude John Eyre (1884–

1981), marsyal medan perang British yang

bertugas di Mesir dan Mesopotamia dalam

Perang Dunia I (1914–1918). Dalam Perang Dunia

II (1939–1945), dia menjadi ketua komander

untuk kuasa Berikat di India pada tahun 1941

dan sekali lagi pada tahun 1943 hingga tahun

1947. Dia meghadapi cabaran paling hebat

dalam kariernya sewaktu bertugas sebagai ketua

komander di Timur Tengah (1941–1942). Tentera

kelapan pimpinannya kekurangan tenaga dan

senjata. Namun, Auchinleck tetap mara

menentang kuasa Paksi dan dipaksa berundur.

Dia mengumpulkan semua tenteranya di

belakang El Alamein tetapi telah ditarik jawatan

komandernya sebelum dia sempat bertindak.

Dia lahir di Aldershot, Hampshire, England.

UMUM 
FAJAR ASIAFAJAR ASIA, majalah dwimingguan untuk memajukan kebudayaan dan kesenian. Majalah ini diterbitkan semasa pendudukan Jepun di Tanah Melayu dan Sumatera. Majalah ini diterbitkan dengan restu pihak Sumatera. Majalah ini diterbitkan dengan restu pihak pemerintah Jepun di Singapura oleh Pejabat Pembangunan Melayu Baru (Sinsei Malai Kensetsu Sha) yang beralamat di 101 Jalan Sultan, Syonan-to (Singapura) dan dicetak oleh al-Aahmadiah Press 25 Januari 1943 dan berakhir pada 10 April 1944. Majalah ini mengandungi jumlah halaman yang tidak tetap, menggunakan huruf Rumi dan dipimpin oleh Zainal Abidin Ahmad, bekas pengarang majalah Panji Islam yang diterbitkan di Medan. Setakat yang diketahui majalah ini hanya sempat terbit sebanyak 19 keluaran, iaitu Th. 1 (Bil. 1-16) 1943 -1944, Th. 2 (Bil. 1-3) 1944.SASTERAPenerbitan
SEMANGAT ASIA

SEMANGAT ASIA, majalah bulanan yang diterbitkan semasa pendudukan  Jepun di Tanah Melayu.  Majalah ini diterbitkan pada bulan Januari 1943 oleh Malai Shinbun Sha, 146 Cecil Street, Syonan-to (Singapura).  Semangat Asia  menggunakan huruf Rumi dan mengandungi jumlah halaman yang tidak tetap. Antara pengarang majalah ini ialah Ishak Haji Muhammad dan Abdullah Kamel.  Semangat Asia sempat diterbitkan sebanyak 17 keluaran iaitu Jilid 1 (bil. 1 hingga 10) pada tahun 1943 dan Jilid 2 (bil. 1 hingga 4) pada tahun 1944.

SASTERAPenerbitan
12

Kembali ke atas