Tasik Nasser, terbentuk apabila air Sungai Nil disekat oleh Empangan Tinggi Aswan di Mesir. Tasik ini dinamakan sempena nama presiden Mesir, Gamal Abdel Nasser. Empangan yang mula beroperasi pada tahun 1968 itu terletak 684 kilometer ke selatan Kaherah. Tasik tersebut dipenuhi air sepenuhnya pada tahun 1981. Tasik Nasser meliputi kira-kira 4014 kilometer persegi. Air dari tasik tersebut digunakan untuk mengairi tanah ketika kekurangan air dan untuk menjana kuasa hidroelektrik. Kuil Abu Simbel yang dibina oleh firaun Ramses II, dipotong dari cenuram di sepanjang Sungai Nil dan dialihkan ke tanah yang lebih tinggi bagi mengelak daripada air yang naik (lihat Kuil Abu Simbel ). Lihat juga Empangan Tinggi Aswan. |