SEL | Sel ialah unit asas bagi semua hidupan. Semua hidupan terdiri daripada sel. Sesetengah organisma hanya terdiri daripada satu sel. Tumbuh-tumbuhan dan haiwan terdiri daripada banyak sel. Badan manusia mempunyai lebih daripada 10 trilion (10 000 000 000 000) sel. | UMUM | |
RAS, MANUSIA | Ras, Manusia atau bangsa manusia. Semua manusia adalah dari keturunan manusia yang hidup ratusan ribu tahun dahulu. Oleh itu, kita semua berkongsi leluhur yang sama. Ini bermakna bahawa semua manusia yang tinggal di dunia hari ini berkaitan dengan satu sama lain. Walaupun kita semua berkaitan, kita tidak kelihatan serupa. Badan kita berbeza saiz dan bentuknya, kulit kita berbeza-beza warnanya, mata kita berbeza warna dan bentuknya, bibir dan hidung kita berbeza bentuknya, dan rambut kita berbeza warna dan teksturnya. | UMUM | |
ASID AMINO | Asid amino ialah nama sebatian organik yang menjadikan semua protein dalam benda hidup. Ahli sains menyebut asid amino sebagai blok binaan protein . Semua asid amino mengandungi karbon, hidrogen, oksigen, dan nitrogen. Sesetengahnya juga mengandungi sulfur. | UMUM | |
ASID NUKLEIK | Asid nukleik ialah molekul kompleks yang terdapat di dalam semua sel. Dua jenis asid nukleik ialah asid deoksiribonukleik (DNA) dan asid ribonukleik (RNA). DNA didapati terutama dalam nukleus sesuatu sel. Tetapi RNA boleh didapati dalam semua sel. Malah sel bakteria, yang tidak mempunyai nukleus, mengandungi DNA dan RNA. Sesetengah virus tertentu hanya mengandungi RNA dan virus lain hanya mengandungi DNA. | UMUM | |
POLIGON | Poligon ialah rajah satah yang disempadani oleh segmen garis yang dikenali sebagai sisi . Jumlah panjang semua sisi pula ialah perimeter . Sudut yang terbentuk oleh sisi adalah sudut poligon, manakala titik pertemuan semua sisinya ialah verteks poligon tersebut. Poligon yang mempunyai tiga sisi dikenali sebagai segi tiga; empat sisi, segi empat; lima sisi, pentagon; enam sisi, heksagon; tujuh sisi, heptagon; lapan sisi, oktagon; sembilan sisi dikenali sebagai nonagon; sepuluh sisi, dekagon; sebelas sisi, hendekagon; dan dua belas sisi, dodekagon. | UMUM | |
OPERA | Opera ialah drama yang pelakonnya menyanyikan, bukan mengucapkan, semua atau sebahagian besar dialognya. Jalan ceritanya kerap kali sangat dramatik, menggambarkan perasaan yang mendalam yang biasa dialami oleh manusia sepanjang zaman. Beberapa opera yang paling masyhur memaparkan unsur yang sangat tragik. Opera berkemungkinan merupakan yang paling kompleks antara semua bentuk kesenian. Ia menggabungkan lakonan, nyanyian, muzik orkestra, kostum, pemandangan, dan sering kali balet atau beberapa bentuk tarian yang lain. | UMUM | |
PICKEREL | Pickerel ialah nama yang diberi kepada tiga anggota yang kecil dalam famili pike di Amerika Utara. Seperti semua pike, pickerel sebenar mempunyai mulut yang besar dan makan dengan lahapnya. Ikan ini meronta untuk melepaskan diri apabila terkena mata kail. Semua pickerel hidup dalam air tawar. Ia biasanya memakan ikan lain yang lebih kecil. | UMUM | |
BAHAN ELEKTRIK | Semua bahan elektrik boleh dibahagikan kepada tiga kategori bergantung kepada kebolehannya mengalirkan arus elektrik iaitu konduktor, semikonduktor, dan penebat. | FIZIK | Konsep |
BENDA ASING GAS | Semua komponan bukan hidrokarbon yang wujud dalam gas asli yang baru dikeluarkan dari telaga minyak. | KEJURUTERAAN | Proses/Tindak Balas |
PERSEKITARAN | Persekitaran ialah semua benda yang berada di luar sesuatu organisma. Persekitaran manusia meliputi faktor seperti suhu, bekalan makanan, dan manusia lain. Persekitaran tumbuh- tumbuhan boleh terdiri daripada tanah, cahaya matahari, dan haiwan yang akan memakan tumbuh-tumbuhan. Faktor persekitaran tidak bernyawa, seperti suhu dan cahaya matahari, membina persekitaran abiotik . Benda bernyawa seperti lumut dan makanan mewujudkan persekitaran biotik . Kedua-dua persekitaran abiotik dan biotik saling berhubungan dalam mewujudkan persekitaran yang sesuai untuk benda hidup dan bukan hidup. | UMUM | |