Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : , ke­semuanya sekaliannya: ~ memuji dia; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : sekaliannya sekali: Kambing dan lembunya ~ dijual. 3 seluruhnya; segala-galanya: Berapa harga ~nya? (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata semuanya

Peribahasa

Seekor kerbau membawa lumpur,
     semuanya terpalit.

Bermaksud :

Seorang yang berbuat salah, semuanya terbawa-bawa. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Seekor kerbau berkubang, sekandang kena luluknya, b. Seekor kerbau membawa lumpur, segala kerbau dikatakan membawa lumpur juga, c. Seekor kerbau membawa lumpur, habis mercik merata-rata, d. Seruas tebu yang berulat, sebatangnya dibuang).

 

Lihat selanjutnya...(16)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SENI BINA

Seni bina ialah istilah yang mempunyai beberapa

makna, semuanya berkaitan dengan bangunan. Ia

mungkin merujuk kepada seni dan sains

bangunan, yang diamalkan oleh artis yang dikenali

sebagai arkitek. S eni bina juga boleh bermakna

bangunan itu sendiri. Istilah ini juga mempunyai

makna sejarah, yang merujuk kepada gaya

bangunan sesuatu budaya atau merujuk kepada

gerakan seni. Contohnya, kita bercakap tentang

seni bina Yunani atau seni bina Gothik.

UMUM 
MINERAL

Mineral ialah bahan pepejal yang paling lazim

ditemui di bumi. Daratan dan lautan di bumi

semuanya terbentang di atas lapisan batuan yang

terdiri daripada mineral. Semua batuan yang

terdapat di atas muka bumi juga mengandungi

mineral. Malah, tanah juga mengandungi mineral

halus yang terserpih daripada batuan. Mineral juga

ditemui di bulan dan juga di planet Utarid, Zuhrah,

dan Marikh.

UMUM 
KLASIKISME

Klasikisme ialah suatu falsafah seni dan

kehidupan yang menekankan keteraturan,

keseimbangan dan kesederhanaan. Orang

Yunani purba merupakan penganut klasikisme

yang pertama. Kemudian diikuti oleh orang Rom,

Perancis, Inggeris dan lain-lain yang menghasilkan

gerakan klasik. Setiap kumpulan membentuk ciri-ciri

unik mereka yang tersendiri, tetapi semuanya

mencerminkan keunggulan tertentu dalam bidang

seni, kemanusiaan dan alam semesta.

UMUM 
SEABORG, GLENN THEODORE

Seaborg, Glenn Theodore (1912–1999), ahli

kimia Amerika Syarikat, menjadi terkenal kerana

sumbangannya dalam penemuan beberapa unsur

yang lebih berat daripada uranium. Seaborg dan

sekutunya, Edwin M. Mc Millan, berkongsi

Hadiah Nobel tahun 1951 dalam bidang kimia

kerana penemuan unsur plutonium (Pu),

amerisium (Am), kurium (Cm), berkelium (Bk), dan

kalifornium (Cf). Seaborg kemudiannya

menyumbang kepada penemuan einstenium (Es),

mendelevium (Md), dan nobelium (No). Kesemua

unsur ini adalah radioaktif dan semuanya dicipta

secara artifisial.

UMUM 
ADAT PERTABALAN YANG DIPERTUAN BESAR NEGERI SEMBILAN

ADAT PERTABALAN YANG DIPERTUAN BESAR NEGERI SEMBILAN, upacara menabalkan Yang Dipertuan Negeri Sembilan yang baharu untuk menggantikan Yang Dipertuan yang mangkat. Adat pertabalan tersebut diadakan di balai penghadapan. Alat kebesaran dipasang di kawasan istana dinamakan ‘mendirikan adat’. Alat tersebut ialah 16 kaki payung kuning, lapan bilah keris, lapan bilah pedang, lapan bilah tombak, dan 16 helai bendera Negeri Sembilan. Semuanya dibawa oleh juak-juak istana yang berpakaian kuning, hitam dan merah.

            

BUDAYAKonsep
BAHASA ORANG ASLI DI SEMENANJUNG

BAHASA ORANG ASLI DI SEMENANJUNG, bahasa yang dituturkan oleh Orang Asli di Semenanjung. Bahasa ini terbahagi kepada dua kelompok besar. Dalam kelompok pertama digolongkan bahasa-bahasa Orang Temuan, Orang Hulu (Jakun, Orang Kanak dan Orang Seletar, yang semuanya berbahasa Melayu sebagai satu-satunya bahasa ibunda mereka. Oleh itu, bahasa suku-suku itu tergolong dalam rumpun bahasa Austronesia, seperti semua dialek Melayu. Tetapi selain Orang Asli yang diklasifikasikan dalam Rumpun Austronesia tersebut, terdapat puluhan ribu Orang Asli yang hanya menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa kedua.

BAHASABahasa
SENI LAKON

SENI LAKON, semua bentuk seni persembahan yang dilakonkan sama ada di atas pentas, melalui radio, televisyen atau filem.  Oleh itu wayang kulit, makyung, bangsawan, randai, waang wong, purbwara, sandiwara atau citawara, boria, tablo, menora dan teater, semuanya tergolong sebagai seni lakon. Seni lakon bertunjangkan elemen cerita yang dipersembahkan dengan unsur dramatik, iaitu mengandungi elemen konflik, suspens, kembara, silat, nyanyian, tarian, muslihat, dan sebagai daya tarikannya dibantu dengan alat set dan prop serta alat muzik, busana dan tatarias.

BUDAYADrama/Filem/Teater/Persembahan
AN ENGLISH MALAY DICTIONARY

AN ENGLISH MALAY DICTIONARY, kamus dwibahasa Inggeris _ Melayu setebal 524 halaman yang disusun oleh Sir Richard Winstedt dari University of London.  Kamus ini merupakan edisi yang ketiga yang dicetak pada tahun 1952; cetakan pertama pada tahun 1949 dan cetakan kedua pada tahun 1951. Semuanya dicetak oleh Kelly, Walsh, di Singapura.

BAHASABahasa
KOBOI

Koboi ialah orang yang membantu menjaga

sekawanan besar lembu untuk pemilik ladang

ternak. Di Amerika Syarikat, koboi menjadi

masyhur pada zaman sempadan Barat dahulu.

Reputasi kerana berani menghadapi bahaya dan

kesusahan menjadikan mereka wira kepada

banyak orang Amerika. Kisah-kisah yang

menyeronokkan tentang kehidupan koboi,

nyanyian koboi yang merawan hati, dan bahasa

koboi yang berwarna-warni semuanya telah

menjadi sebahagian daripada cerita rakyat

Amerika. Kebanyakan novel, pertunjukan wayang

gambar, dan televisyen yang paling popular adalah

tentang koboi.

UMUM 
LINUS SURYADI AG.

LINUS SURYADI AG. (1951–     ), penyair Indonesia. Dia lahir pada 3 Mac 1951 di Indonesia. Nama sebenarnya ialah Linus Suryadi Agustinus. Dia mendapat pendidikan Sekolah Dasar dan Sekolah Menengah Pertama di Sleman dan Sekolah Menengah Atas di BOPKRI I di Yogyakarta (1970). Dia pernah mengikuti latihan polis, mempelajari bahasa Inggeris di Akademi Bahasa Asing di Yogyakarta dan memasuki Institut Keguruan dan Ilmu Pendidikan (IKIP) Sanata Dharma Yogyakarta, namun semuanya tidak tamat. Pada tahun 1982, Linus mengikuti International Writing Program di Iowa, Amerika Syarikat.

SASTERATokoh
12

Kembali ke atas