SEMUT POKOK HIJAU | Semut pokok hijau di kawasan tropika Australia adalah satu daripada anggota yang paling luar biasa dalam famili semut. Semut ini tidak bersarang dalam tanah, sebaliknya ia membuat sarang di atas pokok dengan menjambakkan daun dan mengikatnya dengan bebenang bak sutera. Ia akan menyerang apa-apa sahaja yang mengusik sarangnya. | UMUM | |
SEMUT BULL | Semut bull termasuk beberapa spesies semut di Australia. Kebanyakannya adalah besar. Sayap semut betina sesetengah spesies tumbuh sepanjang dua sentimeter. Semut bull ini boleh menyebabkan gigitan yang menyakitkan dengan rahangnya panjang, dan menonjol. Ia juga boleh menyengat. Semut ini tidak mudah takut dan akan menyerang pada waktu tertentu. Hanya beberapa ratus ekor semut tinggal dalam setiap sarang. Ia membuat sarang di dalam tanah, biasanya di pangkal pokok atau tunggul. Semut pekerja memberi lundinya makan bangkai haiwan. Ahli sains menggangap semut bull ini antara semut yang paling primitif. Ia tidak mempunyai struktur sosial sekompleks spesies yang lebih maju. | UMUM | |
SEMUT API | Semut api adalah mana-mana satu daripada beberapa spesies semut yang menyebabkan sengatan yang pedih dan menyakitkan. Lima spesies semut api terdapat di tenggara Amerika Syarikat. Satu daripadanya, semut api merah yang diimport, adalah semut perosak yang utama. Semut api merah yang diimport membuat busut besar setinggi 0.6 meter. Busut ini terlalu keras hinggakan ia boleh merosakkan jentera ladang. Beratus-ratus ribu semut api mungkin mendiami satu busut. Jika manusia atau haiwan mengganggu aktiviti dalam busut, semut api berduyun-duyun keluar menyerang penceroboh. Gigitan semut api merah yang diimport meninggalkan benjol kecil, bernanah, gatal, yang mudah berjangkit. Sesetengah orang mengalami reaksi yang teruk akibat bisa semut api – dan jarang sekali membawa maut. | UMUM | |
KUMPULAN SEMUT | Kumpulan semut lihat Semut. | UMUM | |
SEMUT | Semut ialah serangga yang hidup dalam komuniti teratur. Semut dikenali sebagai serangga sosial. Lain-lain serangga sosial termasuk sesetengah jenis lebah, semua jenis anai-anai, dan sesetengah penyengat. | UMUM | |
ANAI-ANAI | Anai-anai ialah nama biasa bagi kumpulan serangga yang hidup dalam komuniti seperti semut. Ia telah lama dikenali sebagai semut putih. Nama ini tidak betul kerana anai-anai hanya sama dengan semut dari segi tabiat hidup bersama dan saiznya yang kecil. Sebenarnya, anai-anai lebih rapat berkaitan dengan lipas dan belalang. Bahagian-bahagian mulut, sesungut, pinggang yang besar, sayap primitif dan ciri-ciri lainnya sama seperti yang ada pada lipas. Semut mempunyai pinggang yang kecil dan sesungut bersiku. | UMUM | |
BUSUT SEMUT | Busut semut ialah timbunan tanah yang dihasilkan oleh semut sebagai tempat tinggal dan tempat pembiakannya. Sesetengah busut semut tingginya kira-kira 1 m dan diameternya melebihi 3 m. | GEOGRAFI DAN GEOLOGI | Bentuk Muka Bumi |
KOLONI | Koloni lihat Beaver; Haiwan (Kawasan tempat tinggal; Hidup berkumpulan); Lebah (Koloni lebah madu); Semut (Kehidupan dalam koloni semut). | UMUM | |
SURAH AL-NAML | Surah al-Naml ialah salah satu daripada surah Makkiyyah, surah ke-27 mengikut susunan surah-surah al-Qur’an dan mengandungi 93 ayat. Ia dinamakan al-Naml (semut) kerana Allah S.W.T. menyebut di dalamnya cerita seekor semut yang telah memberi peringatan kepada kaum sejenisnya, dan mengingatkan serta meminta maaf kepada Nabi Sulayman a.s. dan para tenteranya. Nabi Sulayman a.s. tersenyum kerana dia memahami kata-kata semut itu dan bersyukur kepada Allah S.W.T. kerana dikurniakan kelebihan dan nikmat tersebut. | UMUM | |
PERMAISURI | Permaisuri lihat Anai-anai; Lebah; Semut (Kehidupan dalam koloni); Serangga (Kehidupan berkeluarga) . | UMUM | |