SENAPANG PATAH | Senapang patah ialah senapang bahu yang melepaskan kartrij yang mengandungi serbuk peledak dan muatan peluru-peluru logam kecil, yang dikenali sebagai syot. Syot tersebut akan tersebar di kawasan yang luas. Ia lebih mudah untuk mengenai sasaran yang bergerak berbanding dengan peluru tunggal daripada senapang atau pistol. Pada asasnya senapang patah ialah senapang perburuan. Peluru penabur senapang patah dikenali sebagai syot kecil. Peluru yang lebih besar yang dikenali sebagai syot besar, digunakan untuk menembak haiwan seperti rusa. | UMUM | |
SENAPANG BATU | Senapang batu ialah mekanisme menembak yang digunakan dalam pistol, senapang lantak, dan lain-lain senjata api semenjak kira-kira tahun 1620 hingga pertengahan tahun 1800-an. Senjata senapang batu mengandungi sekeping batu api diselitkan dalam sekeping bahan yang yang dinamakan sebagai pencekah . Apabila picu dipetik, pencekah akan terlantak ke hadapan dan batu api akan membidas sekeping besi pada paksi lalu mengeluarkan percikan api. Pada masa yang sama, piring kecil yang berisi serbuk bedil akan meletup. Percikan api akan menyebabkan serbuk bedil meletup dan mencucuh peledak utama di dalam laras. Senapang batu mungkin merupakan separuh cekah , iaitu dalam keadaan selamat – atau cekah penuh dan sedia untuk menembak. Senjata senapang batu kemudiannya digantikan oleh senjata api yang menggunakan tudung tukulan. Lihat juga Senapang lantak; Senjata api. | UMUM | |
SENAPANG | Senapang ialah sejenia senjata yang boleh menembakkan peluru, peluru meriam, atau beberapa jenis misil yang lain. Kebanyakan senapang menembak dengan kuasa bahan letupan seperti serbuk letupan. Tetapi ada juga senapang yang menggunakan gas termampat atau sejenis spring sebagai penggerak kuasanya. | UMUM | |
SENAPANG GARAND | Senapang Garand, dikenali juga sebagai senapang M1 , ialah senjata semiautomatik 30 kaliber yang menggunakan lapan peluru. Ia merupakan senjata asas bagi Kor Tentera dan Marin Amerika Syarikat sehingga tahun 1960. Setelah itu ia digantikan dengan M16. John C. Garand, pereka bentuk kerajaan telah mencipta senapang M1 pada tahun 1929. | UMUM | |
SENAPANG ELEKTRON | Senapang elektron ialah nadi bagi berbagai- bagai peranti elektron. Ia termasuk tiub televisyen, tiub osiloskop, mikroskop elektron dan mesin sinar-x. Dalam tiub televisyen, senapang elektron menghasilkan alur elektron yang tajam seperti pensel, yang dipecut ke arah skrin pendarfosfor. Elektron mengenai fosfor pada skrin dan menyebabkan ia berkilau. Alur “menulis” gambar pada skrin sama caranya seperti pensel menulis pada kertas. Semakin tinggi halaju elektron, semakin terang imej pada skrin. Dalam penerima televisyen, senapang elektron menulis ratusan garis mendatar bagi setiap gambar. Ia menulis setiap garis dalam masa satu per 60 juta saat. | UMUM | |
SENAPANG LANTAK | Senapang lantak ialah senjata api yang digunakan oleh askar infantri sebelum wujudnya raifal yang sempurna. Nama ini pertama kali digunakan di Itali pada tahun 1500-an untuk memerikan pistol yang berat. Ia mungkin berasal daripada perkataan Itali moschetto yang bermakna anak helang atau daripada nama pereka Itali, Moshetta dari Feltro. Sesetengah orang percaya bahawa senapang lantak berasal dari Muscovy, iaitu nama awal Rusia. | UMUM | |
KARBIN | Karbin ialah senapang yang pendek dan ringan. Beratnya kira-kira 3.2 kilogram, atau kira-kira 1.4 kilogram kurang daripada berat sepucuk senapang biasa. | UMUM | |
PISTOL | Pistol ialah senjata api yang dikendalikan dengan sebelah tangan. Jenis senapang yang lain seperti raifal dan mesingan, memerlukan penggunaan kedua-dua belah tangan, tripod (kaki tiga) atau penopang tembakan. | UMUM | |
AMUNISI | Amunisi ialah sebarang objek yang dilepaskan atau dilancarkan dari senapang atau senjata lain | UMUM | Umum |
OAKLEY, ANNIE | Oakley, Annie (1860–1926) ialah penembak tepat Amerika yang terkenal (pakar menggunakan senapang) yang membintangi pertunjukan Buffalo Bill’s Wild West selama lebih 16 tahun. Dia dibantu oleh suaminya, Frank Butler, dan lakonannya termasuk menembak duit syiling yang dipegang oleh suaminya atau menembak rokok di mulut suaminya. Oakley juga boleh menembak kad yang dilontarkan ke udara dari sejauh 25 meter. | UMUM | |