SENAPANG PATAH | Senapang patah ialah senapang bahu yang melepaskan kartrij yang mengandungi serbuk peledak dan muatan peluru-peluru logam kecil, yang dikenali sebagai syot. Syot tersebut akan tersebar di kawasan yang luas. Ia lebih mudah untuk mengenai sasaran yang bergerak berbanding dengan peluru tunggal daripada senapang atau pistol. Pada asasnya senapang patah ialah senapang perburuan. Peluru penabur senapang patah dikenali sebagai syot kecil. Peluru yang lebih besar yang dikenali sebagai syot besar, digunakan untuk menembak haiwan seperti rusa. | UMUM | |
SENJATA API | Senjata api ialah sebarang senjata yang menggunakan serbuk letupan untuk menembakkan peluru atau kelongsong. Umumnya, istilah ini digunakan untuk senjata api ringan seperti raifal, senapang patah, dan pistol. Ia biasanya dikenali sebagai senjata api ringan . Senjata api yang lebih berat biasanya dirujuk kepada artileri . | UMUM | |
TEMBAK CAKERA TANAH LIAT | Tembak cakera tanah liat ialah sejenis sukan apabila seseorang menembak cakera tanah liat yang dilemparkan ke udara oleh mesin. Penembak cakera tanah liat menggunakan senapang patah yang melepaskan kelongsong yang berisi kira-kira 500 penabur. Cakera ini mempunyai diameter tidak lebih daripada 11 sentimeter. Mesin yang dinamakan perangkap melemparkan cakera ke udara dengan kelajuan hampir 100 kilometer sejam. | UMUM | |
MENEMBAK | Menembak ialah sukan yang popular di banyak negara. Orang yang berminat dalam sukan ini boleh menembak (haiwan) atau menembak dalam pertandingan. Biasanya, lesen diperlukan untuk membawa atau menggunakan senapang patah dan lesen lain untuk menembak haiwan buruan. | UMUM | |