DEWAN PELAJAR | Dewan Pelajar, majalah bulanan untuk bacaan golongan pelajar. Majalah ini mula diterbitkan pada bulan Januari 1967 dengan harga 40 sen senaskhah. | SASTERA | Karya |
CAHAYA PULAU PINANG | CAHAYA PULAU PINANG, akhbar mingguan Melayu. Akhbar ini diterbitkan dalam huruf Jawi oleh Criterion Press, Pulau Pinang, pada setiap hari Sabtu sejak 13 Oktober 1900. Akhbar ini berukuran 51 cm panjang dan 32 cm lebar, berjumlah empat halaman setiap keluaran dan dijual dengan harga 15 sen senaskhah. Pengarangnya ialah Abdul Ghani bin Mohd. Kassim yang juga menjadi penerbit/pengarang akhbar Bintang Timur. Dia juga bekas pengarang akhbar Jawi Peranakan. | SASTERA | Kitab |
UTUSAN FILEM DAN SPORTS | UTUSAN FILEM DAN SPORTS, majalah bulanan yang diterbitkan oleh Yusuf Ishak dari Utusan Melayu Press Ltd. 185A dan B, Cecil Street, Singapura. Majalah bertulisan Jawi ini mula diterbitkan pada tahun 1949. Ia mengandungi 36 halaman dan dijual dengan harga 30 sen senaskhah. | SASTERA | Penerbitan |
WARTA AHAD | WARTA AHAD, akhbar mingguan. Akhbar setebal 28 halaman ini mula diterbitkan pada 5 Mei 1935 di Singapura oleh Warta Malaya Press Ltd. Apabila mendapat sambutan baik, halamannya ditambah menjadi 36 halaman. Akhbar ini dijual dengan harga 15 sen senaskhah pada setiap petang hari Ahad. | SASTERA | Karya |
BERITA MINGGU | BERITA MINGGU, akhbar mingguan berbahasa Melayu yang dicetak dan diterbitkan oleh The New Straits Times Press (M’sia) Bhd., Kuala Lumpur. Akhbar ini adalah sebahagian daripada akhbar Berita Harian dan diterbitkan pada hari Ahad sahaja. Keluaran pertamanya ialah pada 10 Julai 1960, mengandungi lapan halaman dan dijual dengan harga 15 sen senaskhah. Akhbar ini menggunakan tulisan Rumi. Dalam keluarannya yang terawal, akhbar ini memuatkan berbagai-bagai berita termasuklah iklan, rencana umum, sastera, filem, sukan dan berita semasa. | SASTERA | Kitab |
SUARA RAKYAT | SUARA RAKYAT, akhbar mingguan. Akhbar ini mula diterbitkan pada 20 September 1975. Akhbar ini diterbitkan oleh percetakan Surat Sdn. Bhd. Yang beralamat di 60-12, Wisma Hock Aun, Jalan Haji Hussein, Kuala Lumpur. Akhbar ini diterbitkan setiap hari Sabtu dan harga senaskhah ialah 30 sen. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Penerbitan |
MASTIKA | MASTIKA, majalah umum terbitan Utusan Melayu (M) Berhad. Mastika keluaran pertama diterbitkan pada 1 Jun 1941. Moto majalah ini ialah “Majalah Bulanan mengandungi makalah adabiah, ilmu pengetahuan, tarikh dan cerita rekaan.” Moto ini diletakkan di bawah tajuk Mastika. Majalah ini berukuran 27 cm x 19 cm, mengandungi 76 halaman dan bertulisan Jawi. Harga senaskhah ialah 50 sen. | SASTERA | Penerbitan |
PELITA MALAYA | PELITA MALAYA, akhbar harian. Akhbar ini diterbitkan oleh Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) untuk menggantikan akhbar Suara Rakyat yang diterbitkan di Ipoh, Perak sebelum itu. Naskhah pertama akhbar ini diterbitkan pada 4 Mac 1946. akhbar bertulisan Jawi ini mempunyai moto perjuangannya. ‘Menuju kebenaran, perdamaian dan kemerdekaan bangsa’. Akhbar ini mempunyai empat halaman dengan harga 10 sen senaskhah. Penerbitnya beralamat 79, Jawa Street dan pencetaknya ialah Tai Chong Press, No. 6, Ampang Street, Kuala Lumpur. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Penerbitan |