| DISPEPSIA | Dispepsia ialah istilah yang digunakan secara longgar untuk merujuk kepada gangguan penghadaman. Dispepsia melibatkan gejala seperti sakit pada abdomen atas, pedih hulu hati, sendawa, bahagian perut berasa sendat dan sebu, dan memuntahkan makanan atau cecair berasa masam. | UMUM | |
| MABUK GERAK | Mabuk gerak ialah keadaan rasa loya yang amat sangat, yang disebabkan oleh perjalanan. Pesakit menjadi pucat dan berpeluh. Pesakit boleh muntah sekiranya perjalanan berterusan. Kebayakan orang yang terjejas akibat mabuk gerak juga mengalami sendawa, sakit kepala, bersikap acuh tak acuh dan mengantuk. | UMUM | |