Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sen.di] | سندي

Definisi : 1. = ~ tulang = tulang ~ = persendian tempat ruas tulang (bahagian anggota) berhubung, perhubungan tulang-tulang: takut dan dahsyatlah ia, menggeletar segala ~ anggotanya; 2. = persendian tempat ber-sambungnya dua benda (spt pintu dll), sam-bungan yg boleh dilipat-lipatkan, engsel; 3. simpai (bingkai, ikatan, dll) pd sesuatu, salut; ~ bahu tempat berhubungnya tulang pangkal lengan dgn tulang belikat; ~ engsel sendi yg bertindak spt engsel, yg hanya membolehkan pergerakan pd satu satah, mis sendi siku; ~ kata kata yg menghubungkan dua kata atau ayat, kata penghubung; ~ lesung sendi yg terbentuk di antara hujung tulang yg ber-bentuk separuh bulat dgn hujung tulang yg berbentuk lesung, yg membolehkan anggota digerakkan dgn bebas, mis sendi bahu dan sendi pinggul; ~ lutut sendi yg menghubungkan tulang betis dgn tulang paha; bersendi, bersendi-sendi 1. ada sendinya, berhubungan antara satu dgn yg lain dgn sendi: periksa kepala lipas dgn kanta tangan dan perhatikan sesungutnya yg panjang dan ~; 2. bersalut dgn, bersimpai dgn, berbingkai dgn: ... suatu perasapan emas, ~ suasa, berselang dgn permata; bagai tanduk ~ gading prb hal keadaan yg tidak sepadan; menyendi 1. memberikan bersendi; 2. = menyendi-nyendi memotong (mengerat) kaki-kaki binatang yg disembelih; 3. menyalut: pakaiannya drpd baldu dan drpd timah, disendi dgn perak, rupanya spt sisik naga. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sen.di] | سندي

Definisi : 1. = batu ~ batu pengalas tiang rumah dll, batu pengganjal; 2. ki dasar, asas, lunas, pegangan; bersendi memakai batu sendi (alas, peng-ganjal); bersendikan 1. memakai (menggunakan) sesuatu sbg batu sendi; 2. berdasarkan, berasaskan, berpegang pd (sbg pedoman): tuntutan adat yg ~ hukum; kita patut insaf bahawa masing-masing bahasa moden di dunia ini ~ suatu sistem yg tertentu; menyendi membubuh batu sendi (di bawah tiang dll); menyendikan, mempersendikan men­dasar-kan sesuatu pd, mengasaskan; persendian asas, dasar. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sen.di] | سندي

Definisi : 1 = ~ tulang, = persendian bahagian tempat ruas-ruas tulang berhubung antara satu dgn yg lain: Segenap ~nya terasa sakit-sakit. 2 = persendian bahagian tempat ber­sambungnya dua benda; sambungan pd sesuatu yg dpt dilipat-lipat; engsel. ~ lesung sendi yg bahagian hujungnya bulat dan terletak dlm rongga utk memungkinkan anggota digerakkan dgn bebas (spt pd sendi paha atau sendi tangan). ~ paha sendi pd paha. ~ tangan sendi pd tangan. bersendi berhubung antara satu dgn yg lain dgn sendi; ada sendinya. bersendi-sendi banyak sendinya: Sesungutnya panjang dan ~. menyendi 1 memberi ber­­sen­di. 2 mengerat sendi-sendi binatang yg disembelih. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[sen.di] | سندي

Definisi : 1 = batu ~ batu yg digunakan utk mengalas tiang rumah. 2 ki sesuatu yg digunakan sbg dasar; asas: Rukun Negara dijadikan ~ pembangunan masyarakat baru. bersendi memakai batu sendi: Rumah kampung ke­banyakannya tidak ~. bersendikan 1 mempunyai sesuatu sbg sendi: Rumah itu ~ batu. 2 menggunakan sesuatu sbg dasar atau sbg pegangan; berasaskan: Gerakan politik yg ~ ajaran Islam. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sendi
Kata Terbitan : persendian, bersendi, menyendi,

Puisi
 

Ingin pergi Kuala Tembelang,
     Tamat berjalan Kuala Cik Bilang;
Sakit di sendi ubat di tulang,
     Mana penyakit bolehkan hilang.


Lihat selanjutnya...(3)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
TERGELIAT

Tergeliat ialah kecederaan pada ligamen atau

pada tisu yang menutupi sesuatu sendi. Ligamen

ialah jalur gentian yang berutas-utas seperti tali

yang mengikat tulang-tulang sendi ke posisinya

dengan kukuh dan baik (lihat Ligamen ). Tisu yang

menutupi sendi-sendi itu dikenali sebagai kapsul .

Kebanyakan kejadian tergeliat adalah akibat

daripada berlakunya renggutan mengejut yang

akan menegang atau mengoyak tisu-tisu ligamen

atau kapsul itu. Kejadian tergeliat yang paling biasa

berlaku adalah pada buku lali dan pergelangan

tangan, tetapi seseorang mungkin boleh tergeliat

di mana-mana sendi sahaja.

UMUM 
SENDI

Sendi ialah tempat pertemuan dua atau lebih

tulang dalam rangka tubuh. Tempat ini dikenali

juga sebagai artikulasi . Sendi boleh jadi tetap atau

boleh bergerak . Sendi tetap ialah kelim di antara

tulang yang terletak bertentangan dengan sama

satu lain, atau dipisahkan oleh satu lapisan nipis

tisu penyambung. Apabila terhantuk atau

kemalangan, sendi ini boleh menyerap secukup

kejutan supaya tulang tidak patah. Sendi pada

kranium (meliputi otak) adalah tetap dan

melindungi otak.

UMUM 
SIKU

Siku ialah sendi yang menyambungkan lengan

atas dengan lengan bawah seseorang. Humerus

tulang lengan atas dan radius dan ulna – tulang

tangan bawah – bertemu di siku. Sambungan

ketiga-tiga tulang ini membentuk tiga sendi yang

lebih kecil di dalam sendi siku. Sendi yang lebih

kecil ini membolehkan pergerakan tertentu. Sendi

humerus-ulna dan sendi humerus-radius

membolehkan seseorang membengkokkan

lengan bawah ke atas dan ke bawah. Sendi radiusulna

dan sendi humerus-radius membolehkan

seseorang memutarkan lengan bawah dan

memusingkan tapak tangan ke atas dan ke bawah.

UMUM 
BURSITIS

Bursitis ialah gangguan yang menyebabkan

kesakitan dalam sendi-sendi tubuh. Lazimnya

penyakit ini terjadi di bahagian sendi bahu atau

sendi pinggul.

UMUM 
SENDI SAKROILIAK

Sendi sakroiliak menyambungkan tulang

belakang dengan pelvis. Tulang sakrum

berbentuk V berdekatan dengan bahagian bawah

tulang belakang muat seperti baji di antara kepak

lebat tulang ilium (tulang pinggul). Ligamen dan

plat daripada rawan menyambungkan tulang-

tulang tersebut. Keradangan atau ketegangan

pada sendi sering menyebabkan kesakitan di

belakang bahagian bawah belakang.

UMUM 
ARTROSKOPI

Artroskopi ialah teknik menggunakan artroskop

untuk memeriksa sendi tubuh. Artroskop ialah alat

yang lurus bak tiub dengan satu siri lensa dan

berkas gentian optik. Diameternya dari dua hingga

lima milimeter. Ia boleh dimasukkan ke dalam

sendi melalui insisi kecil. Sendi diterangi oleh

cahaya yang dipancarkan oleh gentian optik ke

hujung artroskop. Dengan menggunakan

artroskop, doktor boleh betul-betul memeriksa

sendi seseorang pesakit dan melakukan operasi

pembedahan tertentu.

UMUM 
KATA SENDI

Kata sendi dalam tatabahasa ialah kata yang

memperkenalkan sesuatu kata atau frasa dan

menghubungkan kata itu dengan kata yang

diterangkannya.

UMUM 
FRASA SENDIfrasa yang terdiri daripada kata sendi sebagia kata intinyaBAHASAKonsep
ARTRITIS

Artritis ialah mana-mana satu daripada lebih 100

penyakit sendi. Mangsa artritis menderita sakit,

kekejangan, dan bengkak pada sendi-sendinya.

Ramai orang menjadi pincang akibat artritis.

UMUM 
PINGGUL

Pinggul ialah bahagian badan di antara badan

dengan paha. Sendi pinggul dibentuk oleh tulang

pinggul (yang terdiri daripada tiga tulang yang

bercantum iaitu ilium, iskium dan pubis ) dan

pangkal femur (tulang paha). Pangkal femur

dipadankan dengan asetabulum, iaitu rongga pada

tulang pinggul. Susunan ini membentuk sendi

bebola dan rongga yang memberikan kekuatan

dan membolehkan pelbagai pergerakan dalam

semua arah. Beberapa otot yang kuat mengelilingi

sendi ini, termasuk gluteus maksimus yang besar,

bulat di belakang; gluteus medius di sisi; dan

rektus femoris yang panjang bak pengikat di

depan. Otot-otot ini menegakkan sendi supaya

seseorang boleh berdiri. Ia juga menggerakkan

kaki untuk berjalan dan berlari.

UMUM 
123

Kembali ke atas