Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.nga.tan] | سڠتن

Definisi : hasil (akibat) drpd perbuatan menyengat: tekanan darah mangsa ~ menurun secara mendadak; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sengatan


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SEMUT API

Semut api adalah mana-mana satu daripada

beberapa spesies semut yang menyebabkan

sengatan yang pedih dan menyakitkan. Lima

spesies semut api terdapat di tenggara Amerika

Syarikat. Satu daripadanya, semut api merah yang

diimport, adalah semut perosak yang utama.

Semut api merah yang diimport membuat busut

besar setinggi 0.6 meter. Busut ini terlalu keras

hinggakan ia boleh merosakkan jentera ladang.

Beratus-ratus ribu semut api mungkin mendiami

satu busut. Jika manusia atau haiwan mengganggu

aktiviti dalam busut, semut api berduyun-duyun

keluar menyerang penceroboh. Gigitan semut api

merah yang diimport meninggalkan benjol kecil,

bernanah, gatal, yang mudah berjangkit. Sesetengah

orang mengalami reaksi yang teruk akibat bisa

semut api – dan jarang sekali membawa maut.

UMUM 
ANAFILAKSIS

Anafilaksis ialah reaksi sistem imun yang teruk

dan sering kali berlaku secara mendadak ke atas

alergen (bahan asing). Dalam sesetengah keadaan,

pendedahan kepada sesuatu alergen mengakibatkan

kejutan dan kadangkala menyebabkan kematian.

Punca biasa yang menyebabkan anafilaksis ialah

penyuntikan antibiotik ke dalam manusia yang secara

abnormal sensitif terhadapnya. Bagi sesetengah

orang sengatan penyengat boleh juga menyebabkan

anafilaksis. Peningkatan sensitiviti terhadap sesuatu

alergen adalah disebabkan oleh pendedahan

kepadanya sebelum itu, diikuti oleh pengeluaran

antibodi oleh sistem imun.

UMUM 

Kembali ke atas