SINGGORA, kerajaan Melayu Islam yang pernah wujud pemerintahannya selama beberapa ratus tahun di selatan Thailand. Kini, ia merupakan salah sebuah wilayah Melayu-Islam dan lebih dikenal dengan sebutan Siam sebagai Songkhla. Sejarah awalnya dikaitkan dengan sebuah tempat yang dipanggil Chih’tu atau Tanah Merah dalam catatan tradisi awal China pada abad ke-6 M. dan abad ke-7 M. Singgora juga disebut dengan berbagai-bagai nama dan ejaan seperti Singor, Sangora, Sanjura, Senggora, Sung-kra dan Sung-k’a. Sejarah Melayu merakamkan serangkap pantun mengenai Singgora. “Telur itek dari Singgora”. Namun begitu, seperti juga nasib negeri-negeri Melayu yang lain di utara Semenanjung Tanah Melayu yang menerima pengaruh penjajahan Siam, nama Singgora dan budaya Melayunya semakin luput.
Thanks for clicking. That felt good.