Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : = ~ bangunan Id seni mengenai bangunan (penyediaan reka bentuk dan pe-nyeliaan pembinaan bangunan dsb); (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : a) seni atau ilmu merancang, mereka bentuk, dan membina bangunan; b) gaya sesuatu bangunan direka bentuk dan dibina, terutamanya pd zaman atau di tempat tertentu: seni ~ Islam; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
seni (adjektif)
Bersinonim dengan halus, kecil;,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SENI BINA NORMAN

Seni bina Norman ialah adaptasi kedaerahan

daripada seni bina Romanesque. Ia berasal dari

Normandy di barat laut Perancis. Gaya ini

mencapai kemuncaknya di England pada akhir

tahun 1000-an, selepas penaklukan Norman pada

tahun 1066, dan pada tahun 1100-an. Seni bina

Norman terkenal kerana cirinya yang sangat

besar, pembinaan siling kekubah enam bahagian,

dan penggunaan corak hiasan berukir Celtik dan

Carolingian. Contoh seni bina Norman termasuk

Gereja St. Étienne dan La Trinité di Caen, Perancis,

dan Katedral Ely dan Durham di England.

Lihat juga Seni bina (gambar: Seni bina

Romanesque)

UMUM 
SENI BINA GEORGE

Seni bina George ialah gaya utama seni bina di

England semasa pemerintahan Raja George I, II, III,

dan IV. Raja-raja ini memerintah dari tahun 1714

hingga tahun 1830. Seni bina George juga banyak

mempengaruhi bangunan di koloni Amerika dan

Amerika Syarikat Timur pada tahun 1700-an dan

awal tahun 1800-an.

UMUM 
SENI BINA RENAISSANCEAliran seni bina yang terpenting dan berpengaruh dalam sejarah seni bina Barat.KEJURUTERAANAgama/Fahaman/Aliran/Ideologi
SENI BINA LANDSKAP

Seni bina landskap melibatkan kerja mereka

bentuk dan membangunkan tanah untuk

digunakan dan dinikmati oleh manusia. Seni bina

landskap berkaitan dengan kecantikan alam

sekitar semula jadi di samping cara yang praktikal

untuk menggunakan tanah dan objek-objek di

atasnya. Seseorang yang mendapat latihan

profesional dalam bidang ini dikenali sebagai

arkitek landskap .

UMUM 
AUSTRALIA, KESENIAN DAN SENI BINA

Australia, Kesenian dan seni bina.

Gabungan landskap, penduduk dan pengaruh

kebudayaan Australia telah menghasilkan kesenian

dan seni bina yang kaya dan berbagai-bagai.

UMUM 
SENI BINA ROMANESQUE

Seni bina Romanesque ialah gerakan seni

bina yang biasa terdapat di Eropah Barat dari kira-

kira pada tahun 800-an M. hingga tahun 1100-an

M. Seni bina Romanesque berkembang menjadi

beberapa gaya kedaerahan termasuk Aquitaine,

Brittany, Burgundy, Ile-de-France, Norman, dan

Provence. Bangunan Romanesque selalunya

terasing dari beberapa bandar yang dibangunkan

pada masa itu. Ciri bangunannya yang besar

tersergam, terhasil daripada tuntutan terhadap

pertahanan dan keselamatan yang diperlukan bagi

lokasi demikian.

UMUM 
SENI BINA ISLAM

Seni bina Islam adalah salah satu bidang

penting yang dikuasai oleh umat Islam. Ini terbukti

dengan keupayaan para arkitek Islam membina

pelbagai jenis bangunan yang mempunyai ciri-ciri

keagamaan dan ilmiah seperti masjid, sekolah dan

pondok. Contoh seni bina bercorak moden

termasuk istana, rumah, hotel, pejabat kerajaan,

agensi, hospital, air pancut dan jambatan; serta

bangunan yang mempunyai ciri pertahanan seperti

kota, kubu, tembok, pintu gerbang dan kem

tentera. Setiap binaan mempunyai ciri dan

peranannya yang tersendiri. Reka bentuknya

berbeza berdasarkan masa dan keadaan setempat.

UMUM 
SENI BINA

Seni bina ialah istilah yang mempunyai beberapa

makna, semuanya berkaitan dengan bangunan. Ia

mungkin merujuk kepada seni dan sains

bangunan, yang diamalkan oleh artis yang dikenali

sebagai arkitek. S eni bina juga boleh bermakna

bangunan itu sendiri. Istilah ini juga mempunyai

makna sejarah, yang merujuk kepada gaya

bangunan sesuatu budaya atau merujuk kepada

gerakan seni. Contohnya, kita bercakap tentang

seni bina Yunani atau seni bina Gothik.

UMUM 
SENI BINA INDIAGaya aliran seni bina.KEJURUTERAANAgama/Fahaman/Aliran/Ideologi
SENI BINA DI MALAYSIAGaya seni bina yang terdapat di Malaysia.KEJURUTERAANAgama/Fahaman/Aliran/Ideologi
1234567

Kembali ke atas