| SENI UNTUK SENI | SENI UNTUK SENI, konsep yang mementingkan unsur atau nilai seni dan keindahan kepada setiap hasil seni kreatif imaginatif yang dicipta seperti seni sastera, seni muzik, seni tari, seni tampak, dan seni lukis harus mengutamakan nilai seni atau keindahannya. | SASTERA | Konsep |
| AFRIKA SELATAN, SENI | Afrika Selatan, Seni. Seni di Afrika Selatan telah bermula sejak beribu-ribu tahun yang lalu dengan karya seni orang San. Mereka mengukir batu-batu tongkol dan melukis dinding-dinding gua serta tempat perlindungn mereka yang diperbuat daripada batu (lihat Khoisan ). Seni suku kaum primitif Afrika Selatan menerima pengaruh yang kuat daripada suku kaum kulit hitam Afrika yang berhijrah masuk dari utara. Suku kaum tersebut meneruskan tradisi kuno dalam seni pahat/ukir, seni anyaman bakul, seni tembikar, dan membuat manik. | UMUM | |
| SENI ABSTRAK | Seni abstrak ialah gaya seni tahun 1900-an yang mengetepikan subjek yang dapat dikenal pasti dengan jelas. Seni abstrak juga dikenali sebagai seni bukan objektif atau seni bukan figuratif . Seni abstrak ialah gaya seni tahun 1900-an yang mengetepikan subjek yang dapat dikenal pasti dengan jelas. Seni abstrak juga dikenali sebagai seni bukan objektif atau seni bukan figuratif . | UMUM | |
| SENI KOMERSIAL | Seni komersial termasuk beberapa jenis seni yang digunakan untuk tujuan perniagaan. Ia sering dikenali sebagai seni pengiklanan , kerana banyak seni komersial digunakan untuk tujuan menjual keluaran dan perkhidmatan. Seni komersial berbeza daripada seni halus atau seni asli, seperti satu lukis dan seni arca, kerana ia mesti dihasilkan semula dengan kaedah mencetak atau kaedah lain. | UMUM | |
| SENI KHAT | Seni khat ialah seni tulisan huruf Jawi yang mengandungi nilai keindahan dan gaya estetik. Seni khat dibentuk menjadi memanjang, memendek, membulat, membujur, merentang, menegak, bersegi, condong dan sebagainya. Ayat- ayat al-Qur’an, hadith-hadith nabi dan kata-kata hikmat sering kali dipetik dan dijadikan penulisan khat. Keindahan seni khat bukan sahaja dirakamkan atas kertas seperti tulisan al-Qur’an, kitab dan surat tetapi juga atas kain, kulit, logam, tembikar, kaca, batu nisan, kayu, mimbar, mahkota dan plastik. Seni khat ini boleh dirakamkan dalam bentuk sulaman, anyaman, tekatan, lukisan, dan sebagainya. Penemuan terawal seni khat di Malaysia ialah yang terdapat pada batu bersurat Terengganu pada tahun 1303. | UMUM | |
| SENI MEMPERTAHANKAN DIRI | Seni mempertahankan diri ialah istilah umum bagi pelbagai jenis seni tempur yang berasal dari Timur. Kebanyakan seni mempertahankan diri yang diamalkan pada masa ini berasal dari China, Jepun, dan Korea. Terdapat beratus-ratus jenis seni mempertahankan diri, masing-masing mempunyai gaya dan sistem yang tertentu. | UMUM | |
| SENI CAROLINGIAN | Seni Carolingian ialah gaya seni yang dicipta pada akhir 700-an M. dan 800-an M. di Perancis dan barat Jerman. Seni Carolingian mengambil sempena nama Charlemagne, yang menjadi raja orang Frank dari tahun 768 M. hingga tahun 814 M. Arkitek Carolingian memberi sumbangan yang besar dari segi reka bentuk gereja dan perancangan biara. Jurutulis Carolingian mencipta jenis tulisan yang baru. Pada abad yang lalu, pelukis telah memberi tumpuan kepada pola geometri abstrak dan haiwan hebat. Pelukis, pengarca, dan artisan Carolingian memperkenalkan figura manusia pada latar belakang semula jadi ke dalam seni tampak. | UMUM | |
| SENI UNTUK MASYARAKAT | SENI UNTUK MASYARAKAT, konsep yang mementingkan setiap karya atau hasil seni kreatif imaginatif seperti seni sastera, seni muzik, seni tari, seni lakon dan lain-lain yang dihasilkan harus mempunyai arah, fungsi dana amanat yang jelas. Pengarang menghasilkan karya yang berhubungan dengan masyarakat bawahan. Dengan itu, pengarang berharap pembaca akan dapat menghayati pemikiran dalam karya yang dihasilkan demi meningkatkan taraf hidup dan membaiki nasib diri mereka terutama dalam aspek sosioekonomi dan sosiopolitik. | SASTERA | Konsep |
| SENI ARCA | Seni arca adalah satu daripada seni yang paling kompleks. Walaupun perkataan seni arca pada asalnya bermakna memotong dan melibatkan teknik mengukir, tetapi objek yang dibentuk dikenali sebagai arca. Contoh arca berbeza-beza daripada arca yang berkuasa oleh Michelangelo hingga kepada topeng upacara orang Afrika, dan daripada patung batu yang menghiasi katedral hingga kepada gegantung (mobile) logam yang berayun gemalai apabila ditiup angin. | UMUM | |
| SENI MENGGUBAH POKOK | Seni menggubah pokok ialah seni membentuk dan memotong pokok menjadi bentuk hiasan. Seni menggubah pokok biasanya dilakukan pada pokok renek, pokok malar hijau dan laman, tetapi juruhias membuat pokok gubahan daripada kertas krep dan dawai. | UMUM | |