SYED NASIR ISMAIL, TUN | Syed Nasir Ismail, Tun (1921–1982) ialah tokoh bahasa dan ahli politik. Dia mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Bandar Tinggi, Batu Pahat, Johor. Kemudian, dia melanjutkan pelajaran di Government English School, Batu Pahat dan lulus Senior Cambridge pada tahun 1938. Setelah menamatkan pelajaran pada peringkat menengah, dia memasuki Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI), Tanjung Malim dan mengambil kursus Penolong Nazir sekolah-sekolah. | UMUM | |
MOHD. NOOR MOHAMED, DATUK | MOHD. NOOR MOHAMED, Datuk (1901-1990), guru dan pemimpin masyarakat. Dia lahir pada 20 Disember 1901 di Kampung Baru, Bayan Lepas, Pulau Pinang. Selepas lulus peperiksaan Senior Cambridge pada tahun 1918, Mohd. Nor bertugas sebagai guru pelatih di Penang Free School pada tahun 1919. Seterusnya dia bertugas di sekolah sama dari tahun 1923 hingga tahun 1949. Dia kemudian dilantik sebagai nazir sekolah Melayu di Pulau Pinang dan Seberang Perai hingga tahun 1952. Dia kembali bertugas di Penang Free School sebagai guru kanan mata pelajaran Bahasa Melayu sehingga bersara pada tahun 1961. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
SYED AHMAD SYED MAHMUD SHAHABUDIN, TUN | Syed Ahmad Syed Mahmud Shahabudin, Tun (1925– ) ialah ahli politik dan Yang Dipertua Negeri Melaka (1984–2004). Dia lahir pada 4 Mei 1925 di Kulim, Kedah, dan mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Kulim (1932–1937). Kemudian menyambung pelajarannya di Sultan Abdul Hamid College, Alor Setar (1938–1947) hingga mendapat sijil Senior Cambridge. | UMUM | |
SYED NASIR ISMAIL, TUN | SYED NASIR ISMAIL, Tun, (1921-1982), tokoh bahasa dan ahli politik. Beliau lahir pada 7 Mac 1921 di Batu Pahat, Johor. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Bandar Tinggi, Batu Pahat. Kemudian, beliau memasuki Government English School Batu Pahat hingga lulus peperiksaan Senior Cambridge pada tahun 1938. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
LILY ABDUL MAJEED | LILY ABDUL MAJEED, Datin Seri (1921– ), pendidik dan aktivis pergerakan wanita. Dia lahir pada 14 Mac 1921 di Kuala Lumpur. Pendidikan Lily bermula di Sekolah Kampung Baharu, Kuala Lumpur antara tahun 1927 hingga tahun 1931. Kemudian Lily melanjutkan pelajaran di Convent Bukit Nanas, Kuala Lumpur hingga lulus Senior Cambridge pada tahun 1939. | BUDAYA | Tokoh |
MUHAMMAD KAMAL HASSAN | MUHAMMAD KAMAL HASSAN (1942- ), ahli akademik. Dia lahir pada 26 Oktober 1942 di Pasir Mas, Kelantan. Dia mendapat pendidikan di Sekolah Melayu Pasir Mas (1948-1949). Kemudian dia meneruskan pelajarannya di Sultan Ismail School, Kota Bharu (1950-1955), dan Sultan Ismail College (11955-1960) hingga lulus Senior Cambridge. Kemudian dia belajar di Victoria Institutin, Kuala Lumpur (1961-1962) hingga lulus Higher School Certificate (HSC). Dia mendapat ijazah Sarjana Muda Sastera dalam bidang Pengajian Islam dari Universiti Malaya pada tahun 1966, ijazah Sarjana (1960), M.Phil (1973), dan Doktor Falsafah (1975) dari Colombia University, Amerika Syarikat. | BUDAYA | Tokoh |
SHAFIE ABDULLAH, DATO' | SHAFIE ABDULLAH, Tan Sri (1925- ), penulis. Dia lahir pada 25 Julai 1925 di Jitra, Kedah. Shafie menerima pendidikan di Sekolah Melayu Jitra dan Kolej Sultan Abdul Hamid, Alor Setar hingga lulus Senior Cambridge. Dia juga pernah menerima pendidikan Inggeris dan Jepun. Kemudian Shafie melanjutkan pelajaran di Maktab Perguruan Bahasa, Kuala Lumpur. Setelah tamat kursus, dia mengajar di Sekolah menengah Hamzah, Machang, Kelantan. Shafie pernah mengikuti kursus Penulisan Kreatif di Universiti Sains Malaysia, (USM), Pulau Pinang. | SASTERA | Tokoh |
SAIDIN YAHYA | SAIDIN YAHYA (1922 - 1988), pelukis dan penulis. Dia lahir di Tanjung Dawai, Kedah. Dia mendapat pendidikan di sekolah Melayu hingga Darjah Lima (1935). Pada tahun 1936, dia menjadi guru pelatih di sekolah Melayu di Kedah hinggalah selepas pendudukan Jepun di Tanah Melayu. Setelah lulus Senior Cambridge, pada tahun 1960, dia ke Maktab Perguruan Bahasa, Kuala Lumpur dan lulus kuliah bertulis dari Universitas Nasional Indonesia. Dia kembali mengajar di Kulim dan Alor Setar hinggalah dia bersara pada tahun 1977. | BUDAYA | Tokoh |
ZAKARIA HITAM | (1912- ), budayawan, pengumpul dan penulis sastera rakyat. Dia lahir pada 20 Jun 1912 di Kampung Benta, Pekan, Pahang. Dia lebih dikenali dengan panggilan Pak Zek. Zakaria mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Langgar, Sekolah Inggeris Pekan dan Sekolah Clifford di Kuala Lipis, Pahang. Dia lulus peperiksaan Senior Cambridge pada tahun 1937. Pada tahun 1954, dia lulus peperiksaan undang-undang bagi Pegawai perkhidmatan Melayu (MCS) dan dua tahun kemudian (1956) dia mendapat diploma dalam Public Administation dan diploma dalam bidang Secretarial Practice (Local Government). Dia memulakan kariernya sebagai kerani biasa di Jabatan Kerajaan. Dia pernah menjadi pegawai RIDA, setiausaha kepada Menteri Besar Pahang dan akhirnya menjadi pegawai kerja di Pejabat Tanah dan Galian negeri Pahang sehinggalah dia bersara pada 31 Disember 1970. | SASTERA | Tokoh |
WAN IBRAHIM WAN SOLOH | WAN IBRAHIM WAN SOLOH, Dato’ (1905-1994), pentadbir dan sejarawan. Dia lahir di Kelang, Selangor. Dia mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Langat dan Sekolah Melayu Kelang (1915). Keluarganya yang rapat dengan golongan istana Selangor membolehkan dia diterima belajar di Maktab Melayu Kuala Kangsar (MCKK) pada tahun 1920 hingga lulus Senior Cambridge pada tahun 1925. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |