TAYLOR, ELIZABETH | Taylor, Elizabeth (1932– ) ialah seniwati filem dari Amerika. Dia menjadi masyhur kerana kecantikannya dan juga kerana kehidupan peribadinya yang penuh gelora dan juga sebagai bintang filem. | UMUM | |
STREEP, MERYL | Streep, Meryl (1949– ) ialah seniwati Amerika yang terkenal kerana kepekaannya dalam memaparkan pelbagai watak. Pada tahun 1979, Streep memenangi Academy Award sebagai pelakon pembantu terbaik dalam filem Kramer vs. Kramer dan anugerah pelakon terbaik dalam Sophie’s Choice pada tahun 1982. Pada tahun 1978, Streep memenangi Emmy Award kerana lakonannya dalam drama televisyen Holocaust. | UMUM | |
STREISAND, BARBRA | Streisand, Barbra (1942– ) ialah penyanyi dan seniwati Amerika yang terkenal kerana interpretasi dramatiknya dalam mempersembahkan lagu-lagu popular. Dia juga mendapat sanjungan sebagai pelawak wanita, di pentas dan dalam filem. | UMUM | |
EVANS, DAME EDITH | Evans, Dame Edith (1888–1976) ialah seniwati pujaan yang paling disanjung pada zamannya. Antara persembahannya yang paling terkenal ialah watak Lady Blacknell dalam versi filem The Importance of Being Earnest (1952), karya Oscar Wilde. | UMUM | |
SENIMAN | SENIMAN, persatuan untuk para seniman dan seniwati di Malaysia. SENIMAN ialah singkatan Persatuan Seniman Malaysia. Persatuan ini telah ditubuhkan pada tahun 1974 hasil usaha bersama Haji Idris Ibrahim, Ahli Parlimen Setapak, Zainuddin Zimbo dan beberapa orang seniman dan seniwati yang terlibat dengan Merdeka Studio di Hulu Kelang, Selangor. SENIMAN adalah sebagai ganti Persatuan Artis-Artis Malaya (PERSAMA) yang pernah dipimpin oleh P. Ramlee di studio Jalan Ampas, Singapura pada tahun 1960-an. PERSAMA dibubar bersama-sama Studio Malay Film Productions jalan Ampas yang ditutup pada 15 September 1967. | BUDAYA | Institusi/Organisasi |