Anafilaksis ialah reaksi sistem imun yang teruk dan sering kali berlaku secara mendadak ke atas alergen (bahan asing). Dalam sesetengah keadaan, pendedahan kepada sesuatu alergen mengakibatkan kejutan dan kadangkala menyebabkan kematian. Punca biasa yang menyebabkan anafilaksis ialah penyuntikan antibiotik ke dalam manusia yang secara abnormal sensitif terhadapnya. Bagi sesetengah orang sengatan penyengat boleh juga menyebabkan anafilaksis. Peningkatan sensitiviti terhadap sesuatu alergen adalah disebabkan oleh pendedahan kepadanya sebelum itu, diikuti oleh pengeluaran antibodi oleh sistem imun. |